`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 20, 2015

Kenapa MOF ambil alih SRC International dari 1MDB?

KUALA LUMPUR 20 JAN : KEADILAN hari ini mempersoalkan tindakan pengambilalihan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, 1MDB memindahkan SRC International Sdn Bhd kepada MOF Inc selepas menanggung hutang sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).
Rafizi PCKatanya, penyata kewangan mengesahkan jumlah hutang SRC International melebihi aset, dan lazimnya syarikat sebegini dikategorikan mempunyai risiko muflis.
“Pada pengetahuan saya, tidak pernah sebuah syarikat yang berhutang sebegini rupa dipindahkan sewenang-wenangnya kepada kerajaan dan menyebabkan hutang kerajaan bertambah secara serta merta.
“Dan adakah tindakan 1MDB memindahkan SRC International kepada MOF disebabkan syarikat tersebut daripada awal akan mengalami masalah kewangan?” soalnya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Agung KEADILAN mendakwa pengambilalihan itu berlaku di antara tahun kewangan Januari 2011 hingga Mac 2012.
Katanya, ia berdasarkan kenyataan Arul Kandasamy sebelum ini, yang menyatakan syarikat itu kini berada di bawah MOF Incorporated.
Tambahnya lagi, sehingga hari ini 1MDB gagal memberikan penjelasan ke manakah wang RM4 billion itu dibelanjakan.
Menurut Rafizi, Penyata Kewangan Komprehensif menunjukan syarikat ini tidak mempunyai sebarang aktiviti dan menanggung kerugian walaupun mengambil hutang RM4 bilion dari dana pencen rakyat.
Justeru katanya, beliau menuntut jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan berhubung isu-isu membabitkan 1MDB.
“Jadi inilah soalan-soalan pokok yang wajib dijawab oleh Najib Razak kerana beliau bertanggungjawab bagi 1MDB dan Kementerian Kewangan,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.