`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 10, 2015

Jumpa di mahkamah, amaran kepada yang tuduh Perkasa ekstremis

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata tiga notis dihantar kepada individu yang menuduh Perkasa bersifat ekstremis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2015.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata tiga notis dihantar kepada individu yang menuduh Perkasa bersifat ekstremis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2015.Gara-gara menuduh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ekstremis, tiga lagi individu akan menerima surat tuntutan daripada badan bukan kerajaan (NGO) itu, sebelum dipertimbangkan tindakan saman.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, mereka ialah jurucakap kumpulan 25 tokoh Melayu profesional (G25) Datuk Noor Farida Ariffin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Tan Sri Robert Phang dari Pertubuhan NGO Cina.
“Saya sudah minta peguam saya keluar tiga notis. Bila notis ini keluar, saya nak tengok jawapan mereka, apa peguam mereka jawab. Dari situ saya akan putuskan untuk failkan ke mahkamah seterusnya.
“Saya mahu mereka ke mahkamah buktikan Perkasa ekstremis. Apa buktinya sehingga Perkasa lekat label itu?” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Ibrahim berkata, Perkasa sering menjadi tumpuan untuk dipersalahkan banyak pihak sedangkan banyak NGO mahupun individu lain yang terbukti didapati bersalah oleh pihak berkuasa.
Kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu, media juga sering meletakkan kesalahan kepadanya sehingga masyarakat melabelkannya dengan pelbagai gelaran.
“Kenapa tak disebut Bersih ekstremis? (Mereka) Tunjuk perasaan, baling kereta polis. Kenapa (naib presiden PKR) Tian Chua tidak dituduh ekstremis? (Beliau) Gigit polis, disabit di mahkamah pun ada.
“Orang nak cari kesalahan, saya jadi mangsa. Contohnya MCA kalah pilihan raya, (dikatakan) Perkasa punya pasal.
“Media pula kalau tulis, Ibrahim Ali katak, ekstremis. Tak boleh ke tulis Ibrahim jaguh Melayu, pemimpin negara? Tak boleh tulis macam tu? Tulis benda negatif, jadi benda macam ni. Aniaya pada saya,” katanya.
Beliau berkata ahli akademik dari Perancis, Sophie Lemiere yang sebelum ini mendakwa Perkasa tidak layak mendapat liputan media, tidak faham peranan yang dimainkan NGO itu.
Beliau mendakwa, segala kritikan yang dilemparkan kepadanya adalah kerana rasa cemburu Lemiere terhadapnya disebabkan kecemerlangannya dalam memimpin Perkasa.
“Bodoh dia ni. Orang siar berita saya macam-macam tu, tunjuk saya ni penting. Standard dunia. Dia terkejut kerana saya bukan sesiapa, bukan menteri, tetapi saya jadi fokus kepada banyak pihak.
“Saya simpulkan, semuanya kerana cemburu. Disebabkan enam tahun saya pimpin Perkasa, semua kerja saya buat hebat-hebat, saya wujudkan kecemburuan besar. Saya ialah orang yang disalah faham,” katanya.
Kelmarin,  Lemiere mendakwa, Perkasa menjadi perhatian media kerana pertubuhan itu “laku,” dan menyamakannya dengan parti politik fasis di Perancis, National Front, yang membantu akhbar melariskan jualannya.
"Bagi Ibrahim, bukan sebab dia lucu atau kata-katanya betul atau salah tetapi kerana beliau banyak bercakap,” katanya pada satu forum bertajuk Misplaced Democracy: State, Illegality and Political Violence di Petaling Jaya.
"Cara media pula hari ini, mahu mencari sudut berita yang glamor dan seksi, walaupun saya tidak merujuk Ibrahim seorang yang glamor dan seksi," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.