`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 8, 2015

Judges also forget The Rukun Negara

by Din Merican
YA_AsmabiYesterday was a sad day for Malaysia when Judge Dato’ Asmabi Mohamad (left) dismissed public intellectual Kassim Ahmad’s application for Judicial Review. The Judge said that an aggrieved citizen cannot come to the High Court for judicial review against enforcement and investigative actions of the enforcement agency. She closed one eye to the wrongs committed by JAWI and said that Kassim can file a civil suit to get damages but the High Court will not review the unlawful arrest and detention, and other illegalities by JAWI.
Coming  hot on the heels of the Borders’ Appeal pronounced by the Court of Appeal on December 30, 2014, this is judgment startling. It seems that Judge Asmabi simply disregarded the guidance by Justice Mah Weng Kwai that since all Judges have taken the oath to preserve, protect and defend the Constitution, any law whether it is Federal or State Law which is in breach of the Federal Constitution must be struck down when challenged and the Federal or any State Government and/or its agencies which apply the law wrongfully must be corrected through the Judicial Review process.
Rosli Dahlan (new)Those who were in Court yesterday saw Lawyer Rosli Dahlan offering to the Judge a copy of the Royal Proclamation of the Rukun Negara. They saw the Judge putting aside the copy that was offered while remarking that the Rukun Negara is an old document. They heard Rosli reminding the Judge that if the Rukun Negara is an old historical document, therefore, the contents of the Rukun Negara would be well preserved in the judge’s breast and well rehearsed in the Judge’s mind. They heard Rosli reading the explanatory notes of the Rukun Negara on the role of the Court and praying that the Judge would obtain ‘hidayah’ (enlightenment) by this passage:
“Kedaulatan undang-undang terjamin dengan adanya sebuah badan kehakiman yang bebas serta mempunyai kuasa bagi memutuskan sama ada sesuatu perbuatan pemerintah itu sah atau tidak dari segi Perlembagaan undang-undang.”
In the end, that reminder would appear to have fallen on deaf ears when Judge Asmabi held that the superior civil High Court cannot interfere with the enforcement and investigative actions of JAWI regardless that JAWI may have acted unlawfully, illegally or unconstitutionally.
Perhaps, it is time that we, Malaysians, are reminded about the Royal Proclamation of the Rukun Negara and its aspirations. I reproduce the Rukun Negara, its preamble and explanation for us to reflect where we have gone so wrong in being what we are today.
RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah Perisytiharan Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Keempat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almrahum Sultan Zainal Abidin III pada 31/8/1970.
Perisytiharan Rukun Negara:
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat :
  • Memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
  •   Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
Maka kami rakyat Malaysia ,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :-
• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
HURAIAN
A  ​KEPERCAYAAN
1. Negara Bersatu
• Kita mendukung cita-cita hendak mencipta satu Bangsa dan Negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan atau kepercayaan dan agama masing-masing.Malaysia adalah terdiri dari berbilang kaum dengan berbagai-bagai persoalannya.Keadaan ni bertambah rumit oleh kerana sesetangah golongan ekonomi yang terdiri daripada kaum-kaum tertentu yang dengan secara kebetulan pula terdapat di kawasan – kawasan tertentu.Masyarakat ini pula dibelahbagi oleh jarak generasi yang jelas sehingga perhubungan yang berkesan di antara generasi bertambah susah di laksanakan.Walau demikian, dari unsur-unsur yang berlainan ini, kami bercita-cita hendak membentuk satu Bangsa dan Negara yang bersatupadu di mana kesetiaan dan perasaan cinta tidak berbelahbagi terhadap bangsa dan Negara selaras Perlembagaan yang mengatasi segala kesetiaan terhadap mana-mana pihak yang lain. Kita mendukung cita-cita memelihara satu system pemerintahan di mana Negeri-negeri anggotanya bergabung dalam bentuk kerajaan bersekutu dan dalam Persekutuan ini tujuan-tujuan kebangsaan akan diusahakan selaras dengan pemeliharaan hak-hak kerajaan negeri.
2. Masyarakat Demokratik
•Kita mendukung cita-cita hendak memelihara satu cara hidup demokratik di mana kekuasaan akhirnya terletak pada rakyat yang bertindak melalui Parlimen yang dilantik menerusi Perlembagaan.Kita semua menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia dengan tidak mengira keturunan atau kepercayaan dan agama masing-masing. Dalam sistem kita ini kepentingan Bahasa dan Negara mesti didahulukan. Kepentingan keseluruhan hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu pihak kerana jika tidak demikian,nescaya kestabilan dan keselamatan Negara akan terancam. Perlembagaan kita menjamin asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik asalkan tidak melanggar undang-undang Negara,tetapi hak-hak ini tidak boleh disalahgunakan,atas nama demokrasi bagi membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi.
3. Masyarakat Adil
• Kami mendukung cita-cita hendak mencipta satu masyarakat yang adil di mana semua anggotanya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan Negara.Sesuatu masyarakat yang adil akan wujud jika kekayaaan Negara dibahagi dengan adil saksama.Untuk mencapai tujuan ini amatlah penting pihak-pihak yang lemah dan berkurangan diberi bantuan supaya mereka dapat bertanding setaraf dengan pihak-pihak lain. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas dari penindasan seseorang terhadap yang lain.
4. Masyarakat Liberal
• Kita mendukung cita-cita hendak memelihara wujudnya dan perkembangan satu masyarakat yang liberal di mana anggotanya bebas menganut agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing yang berkesesuaian dengan kepentingan perpaduan Negara. Bangsa dan Negara Malaysia sesungguhnya mempunyai kekayaan dan perbezaan kebudayaan. Kami bercita-cita hendak mencipta satu masyarakat di mana keadaan berlainan budaya itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada Bangsa dan Negara Malaysia.
5. Masyarakat Progresif
• Kita mendukung cita-cita hendak menegakkan satu masyarakat yang progresif,yang mengikut langkah kemajuan sains dan teknologi di samping mengamalkan nilai-nilai ketuhanan.Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan bersifat revolusi dalam bidang ilmu pengetahuan sains dan teknologi.Masyarakat progresif yang cita-citakan itu adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi serta tidak terkeluar dari batas nilai-nilai ketuhanan.
B)​ PRINSIP
1. Kepercayaan kepada Tuhan
• Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah, Bangsa dan Negara ini diwujudkan sebagai sebuah Bangsa dan Negara yang berdaulat. Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan pemerintahan beraja yang berpelembagaan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang Berdaulat. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang Raja di bawah Perlembagaan, maka demikianlah juga sisitem beraja akan berlangsung dengan Baginda Raja-Raja sebagai ketua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Gabenor-gabenor merupakan lambang perpaduan oleh itu, Baginda berada di luar politik. Kesetiaan yang dikehendaki daripada setiap warganegara adalah menumpukan sepenuh taat setia yang benar-benar jujur. Selain itu mereka yang menjadi rakyat Raja-Raja hendaklah juga menumpukan taat setia setia kepada Raja masing-masing tetapi dengan tidak mengurangkan taat setia mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Persekutuan. Kesetiaan ialah jiwa bangsa kita. Kesetiaan dari hati sanubari kepada Raja dan tanahair inilah yang menyatukan kita semua daripada pelbagai kaum menjadi satu Bangsa yang bersatupadu. Kesetiaan kepada Negara-negara lain adalah bertentangan dengan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Negara ini.
3. Keluhuran Perlembagaan
• Kewarganegaraan member seseorang itu taraf keanggootaan sebuah negara. Perlembagaan memberi kepada seseorang warganegara hak-hak dan keistimewaan tertentu; Perlembagaan juga meletakkan padanya tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan tertentu terhadap Bangsa da Negara. Setiap warganegara wajib menghormati dan menghargai kandungan, maksud dan latar sejarah Perlembagaan. Latar sejarah inilah yang telah menyebabkan termaktubnya beberapa fasal dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum-kaum asal yang lain, hak-hak yang adil bagi kaum-kaum lain dan soal pemberian taraf kewarganegaraan. Tanggungjawab mulia dan suci seseorang warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan.
4. Kedaulatan Undang-undang
• Keadilan diasaskan atas kedaulatan undan-undang. Setiap rakyat tarafnya sama di sisi undang-undang. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara. Kebebasan ini termasuklah kebebasan seseorang, perlindungan sama di sisi undang-undang, kebebasan beragam, kebebasan memiliki harta benda dan perlindungan daripada dibuang negeri. Perlembagaan memberi kepada seseorang rakyat hak mengeluarkan fikiran, hak berhimpun dan hak menubuhkan persatuan. Hak-hak ini boleh digunakan dengan bebas asalkan tidak melanggar sekatan-sekatan yang dikenakan oleh undang-undang. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kedaulatan undang-undang terjamin dengan adanya sebuah badan kehakiman yang bebas serta mempunyai kuasa bagi memutuskan sama ada sesuatu perbuatan pemerintah itu sah atau tidak dari segi Perlembagaan undang-undang.
5. Kesopanan dan Kesusilaan
• Setiap orang dan setiap golongan hendaklah menguruskan hal masing-masing dengan cara yang tidak melanggar tatasusila. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau yang menyinggung perasaan sesuatu golongan. Seseorang warganegara tidak boleh menyoal kesetiaan seorang warganegara yang lain dengan alasan bahawa ianya berasal dari keturunan tertentu. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan awam kita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.