`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 19, 2015

HARGA GULA DI US HANYA RM1.18 PER KILO....BERAPA BANYAK KARTEL SYARIKAT GULA GASAK DUIT PENGGUNA?!!!

Punca Sebenar Harga Gula Terkini 2015 Di Malaysia Masih Kekal RM2.84 Sekilo? 




Punca Sebenar Harga Gula Terkini 2015 Di Malaysia Masih Kekal RM2.84 Sekilo? Rakyat Malaysia Telah Bayar Lebih 2 Kali Ganda : Sunyi sepi berita harga gula di Malaysia pada ketika ini. Lebih kuat bunyinya guruh dan titisan hujan di Borneo sekarang ini. Sehingga membuatkan Berita Semasa tertanya-tanya mengapa dan kenapa sehingga ke hari ini rakyat Malaysia, tidak mendapat tempias disebalik harga gula dunia turun?

Berdasarkan semakan Berita Semasa menunjukkan harga gula dunia dan pasaran antarabangsa telah turun sejumlah 20% sejak Julai 2014 lagi.

Adakah kalangan yang menjaga paras harga gula di Malaysia hanya pandai bermain dengan kalkulator ketika harga gula dunia naik sahajakah?


Dan menjadi kaku seribu bahasa tatkala harga gula dunia turun?


Hebat…formula ini. Sepatutnya rakyat Malaysia mendapat manfaat harga gula yang lebih murah sebaliknya Kartel syarikat gula yang terus memonopoli industri gula di Malaysia terus “diam membisu” sambil tersenyum lega harga gula masih kekal utuh sehingga ke hari ini disebalik harga gula dunia turun
.

Jikalau anda semak pada carta yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini, harga gula dunia mula menunjukkan trend menurun sejak daripada tahun 2011 lagi. Anda perhatikan sesuatu yang pelik telah berlaku di sini :


Harga gula dunia pada hari ini sekitar 15 cents (US) untuk setiap pound atau 33 cents (US) untuk setiap kilo ataupun Rm1.18 untuk setiap kilo
Ok Baik. 


Tetapi harga gula yang dijual kepada rakyat Malaysia RM2.84 untuk setiap kilo (harga gula di Malaysia yang terkini)

Ini bermakna rakyat Malaysia telah membayar 2 kali ganda kepada kartel syarikat gula di Malaysia bagi “merasa sedikit kemanisan disebalik kepahitan yang dialami mereka” bagi produk yang dikenali sebagai gula yang dijual di Malaysia

Subsidi gula sudah hapus pun masih lagi, tidak berubah harga gula di Malaysia?

BACA SINI : Kenaikan Harga Gula Naik RM2.84 sen SEKILO Hari Ini! (Subsidi Rakyat Dipotong 34 sen)


P/S : Persoalan Berita Semasa yang terakhir, mengapa dan kenapa acapkali rakyat marhaen perlu “terlebih lebih” untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan di Malaysia? Sampai bila?




~ Beritasemasa.com.my


Punca harga barang tidak turun apa komen Kementerian :

“Kalau tidak jalan (perbincangan gagal), baru kita bertindak. Walaupun tiada akta yang boleh digunakan tetapi kita sudah ada perancangan tersendiri. Isunya di sini, tiada sebab untuk mereka tidak turunkan harga,” jelasnya.


KUALA LUMPUR 16 Jan. – Mengecewakan, tetapi itulah hakikat apabila tiada satu pun barangan yang dijual kepada pengguna diturunkan harganya oleh peniaga, walaupun harga minyak telah dua kali diturunkan kerajaan sejak 1 Disember lalu.

Puncanya ialah pihak pengilang, pengeluar serta pemborong yang sengaja tidak mahu menurunkan harga apabila masih bertindak menjual barangan mengikut harga lama kepada peruncit, biarpun kos pengangkutan bukan lagi menjadi isu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, akibat sikap pengilang, pengeluar serta pemborong itu, pengguna menjadi mangsa.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kementerian sudah mempunyai beberapa mekanisme untuk memastikan pengilang, pengeluar dan pemborong menurunkan harga tetapi buat masa ini, pihaknya memilih pendekatan melalui perbincangan.

“Memang di mana-mana pun hari ini, kita dengar gesaan daripada pengguna hendak melihat harga barangan diturunkan tetapi sekarang ini tidak ada satu pun barangan diturunkan harga, yang kekal ada walaupun minyak sudah lama turun.

“Saya tidak salahkan peruncit kerana mereka dapat barangan pada harga yang tinggi, pastinya mereka juga mahu margin keuntungan. Ia mesti bermula daripada pengilang, pengeluar dan pemborong,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan semula AEON BiG Subang Jaya selepas pasar raya itu diubah suai dengan kos lebih RM40 juta bagi menampilkan wajah baharu selain menjamin keselesaan kepada pengguna di sekitar kawasan tersebut.

Sempena majlis pembukaan semula pasar raya itu, Ahmad Bashah turut merasmikan Kempen Harga Tetap AEON BiG yang bermula hari ini hingga hujung Disember 2015, melibatkan 2,500 barangan di semua 28 cawangannya di seluruh negara.

Pada 21 November 2014, kerajaan mengumumkan pelaksanaan kaedah apungan terkawal dalam menetapkan harga runcit bahan bakar dan mulai 1 Disember, harga RON95 diturunkan sebanyak empat sen, RON97 (sembilan sen) manakala diesel (tiga sen).

Sebulan kemudian iaitu berkuatkuasa pada 1 Januari lalu, harga minyak diturunkan lagi antara 30 sen hingga 35 sen, menyaksikan petrol RON95 berharga RM1.91 seliter, RON97 (RM2.11 seliter) dan diesel (RM1.93 seliter).

Ditanya mengenai perincian mekanisme yang akan digunakan untuk memastikan pengilang, pengeluar dan pemborong akur dengan kehendak pengguna, Ahmad Bashah berkata, perkara itu akan didedahkan selepas selesai sesi perbincangan.

“Kalau tidak jalan (perbincangan gagal), baru kita bertindak. Walaupun tiada akta yang boleh digunakan tetapi kita sudah ada perancangan tersendiri. Isunya di sini, tiada sebab untuk mereka tidak turunkan harga,” jelasnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.