`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 16, 2015

Cara kita berIslam.



Cara kita berIslam ikut suruhan Allah dalam firmanNya 16:125 sudah tidak ada. Yang ada ialah cara nak sebat, nak balun, nak sula – kalau nak elak semua itu kawin dengan ustaz.

Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan hasanah dan berdebat dengan mereka dengan cara baik. Tiada lagi itu semua. Tidak ada hikmah, hasanah dan ada takut untuk berdebat. Ada ancam, ada kekerasan dan adaikut aku atau kepala mu aku penggal.

Apa sudah jadi kepada kita orang Melayu? Kita nak gasak budak 3 orang ini dan suara2 harimau dan singa yang kelaparan di pinggiran mendesak darah 3 gadis remaja ini.

Ia telah diganti dengan cara berIslam ala puak pelampau. Kes 3 remaja Islam sekarang ini bukan hanya kes melakukan sesuatu yang tidak senonoh, tapi ia mendedahkan perkara yang lebih besar iaitu cara kita berIslam. Ini kesalahan kecil berbanding dengan maksiat lain yang lebih besar.

Seolah2 nya Islam dijadikan alat untuk membenam orang lain. Apatah lagi kepada puak  pelampau tersembunyi dalam negara kita( closet jihadists, boko haram, isis, Taliban), Islam boleh dijadikan alat untuk menekan dan mengawal orang yang tidak ikut cara kita atau tidak bersetuju. Dalam zaman pemerintahan seorang ketua negara Islam, seorang ulama di hukum bunuh hanya kerana enggan memperakui pemimpin tersebut mewakili Allah di bumi.

Ketua JAWI ancam 3 gadis remaja jika tidak tampil kedepan, akan kena tangkap. Sunat kan mereka. Saya andaikan JAWI ada kapasiti keluar atau mendapat waran tangkap. Yang boleh tangkap hanya pihak polis yang ada waran tangkap dan ada kuasa reman.

Maklum saja, ini dosa besar yang boleh rosakkan aqidah umat Islam. Segala kelemahan umat Islam Malaysia, bahkan dunia, segala dosa yang mereka lakukan , ditanggung oleh 3 gadis ini sekarang. Sebelum ini umat Islam Malaysia semua ok. 3 budak ini yang mendosakan umat Islam yang lain. Tuhan akan hokum kita. Tuhan akan laknat kita. Oleh itu, kita mesti hukum mereka. Jika boleh, heret ke khalayak ramai, bogelkan dan aibkan mereka. Cukur botak kepala mereka. Buang sial umat Islam Malaysia yang lain. Malaysia yang Islam akan selamat. Begitu?

Mak Cik Rosmah Mansor bila berdakap dengan Chong Wei itu lain- itu tunjuk sayang dan penghargaan. Lagi pun takpa jika wanita tua mendakapi orang muda jika tidak timbul birahi. Bila dia berdakap dengan pelakon Hindustan pun tak apa- itu pun ekspresi penghargaan, minat dan mungkin sedikit2 rasa lain.

Demikian fatwa Syed Ali al Habashi , keturunan Nabi Allah. Kita jangan lawan cakap2 al fadhil sahibus samahah al habib syed ali al habasyi. Masya Allah!  Ini penganjur ya hana na. nanti tak ada Zoharaddi- nul- Muaiyaad, bizuhu rin nabi Ahmad…susah kita.

Cara kita berIslam ikut cara sekolah lama atau old school sekarang diganti dengan cara Islam yang keras, tidak bertolak ansur, ganas dan ikut apa yang ditetapkan oleh ustaz2 yang mengepalai jabatan2 agama. Zaman dahulu kita tak dengar pun versi kekerasan ini. Wanita Melayu tetap Islam walaupun tidak pakai mini telekong. Tidak ada pulak pihak lain yang mengeciskan dan mempersendakan mereka. Sampai masa mereka Islam mengikut apa yang dikehendaki. Mereka mati mengucap dan dikebumikan cara Islam. Semasa hidup tak ada pun ustaz, kiyai, tok guru yang memaksa iku cara2 tertentu. Cara memujuk dan cara menasihati cara penghujjahan dan lembut ialah cara kita menegakkan Islam zaman dahulu. Jenerasi dahulu tidak kurang Islam daripada jenerasi Islam sekarang.

Hari ini yang menonjolkan diri secara fesyen Islam ramai yang melakukan maksiat dan dosa yang lebih teruk dari 3 gadis remaja. Tolonglah- ada sedikit rasa kasih dan sayang kepada anak muda. Yang rasa mereka sudah selamat, aqidah mereka mantap- doakan budak2 muda ini membaiki kesilapan. Jangan tambah dengan mengkehendaki hukuman yang berat. Manalah tahu , yang bercakap dari rumah dan rasa mereka ok dari adab susila Islam sedang tonton porno. Negeri yang menggelarkan dirinya negara beriman dilapurkan sebagai mempunyai ramai sekali penonton pornografi.

Reaksi saya yang pertama dalam kes kenyataan tindakan keatas 3 gadis remaja Islam yang berdakapan dengan pop star korea ialah- ini semua remaja, mustahil cara kita bereaksi seganas begini? reaksi pihak berkuasa ialah membakar kelambu untuk halau seekor nyamuk. Apa yang terjadi mungkin perbuatan rangsangan bioloji semula jadi. Gadis Remaja merasa teruja sangat naik keatas pentas dan didakap atau mendakap penyanyi kesayangan mereka. Penanyi korea pula berkelakuan seperti yang biasa mereka lakukan. Ini reaksi spontan.

Saya rasa JAWI patut pergi melawat kampong dan mengharamkan program2 gusti. Pernah kita tengok pakcik dan kadang2 makcik Islam tengok gusti di TV? Mereka hilang akal dan berkelakuan unislamic. Maka jika program gusti menyebabkan orang dewasa Islam berkelakukan tidak senonoh, baik haramkam program gusti.

Ini reaksi spontan. Demikian juga dengan 3 gadis remaja yang dimaksudkan. Reaksi spontan dari anak muda yang teruja yang memperlihatkan cara menunjukkan kepeminatan mereka. Janganlah kita membaca nya sebagai suatu yang mengaibkan dan meruntuhkan Islam, kerana sama ada kita suka atau tdak, ada perkara yang lebih besar yang meruntuhkan islam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.