`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 8, 2015

Bukan kali pertama, pusat tolong Kelantan


Dulu kita pernah tolong PAS ketika mereka gagal mentadbir negeri hingga bankrup.

Walaupun mereka pembangkang, kita tolong juga seperti sekarang demi Islam dan Melayu. Sedihnya, balasan Tok Lebai ni semua adalah memfitnah dan menghina kita begitu melampau sekali.

Baca kisah ini yg kami terima dari Whats App group....


SEJARAH AIR KELANTAN: NIK AZIZ HUTANG RM600 JUTA (SUMBER BERITA DARI KB)

Walau pun dulu Ayahanda Tun Dr Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz ni orang kata seteru besar. Tetapi sebenarnya, Tun Dr Mahathir masih lagi memberi wang kepada kerajaan Kelantan untuk membantu Islam melayu disana.

Ini membuktikan, ideologi politik tak memisahkan kita yang sedara semuslim ni.

Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.

Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nik Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.

"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?

"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.

Itulah persaudaraan sesama muslim. Sebab tu bila ada orang kata kerajaan pusat tak bantu Kelantan, bagi admin ianya satu benda mengarut.

Takkan ratusan juta tu bukan satu bentuk bantuan?

Gaduh bab politik macam mana pun, kita tetap kiblat yang sama.

Betui dak? Ok sila ambil masa baca fakta bawah ini

1. Krisis ini bermula sejak 1990, apabila PAS berjaya menguasai Kelantan. Ketika itu,Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan  telah bersetuju bekerjasama dengan “Thames Water” sebuah syarikat dari United Kingdom untuk memaju dan membangunkan air di Negeri Kelantan, bertujuan menangani masalah air di negeri berkenaan.

2. Projek mega tersebut gagal dan yang anehnya segala beban hutang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Negeri Kelantan, bukannya tanggungjawab bersama dengan syarikat dari UK itu.

3. Ini kerana memorandum yang ditandatangani tidak memihak kepada kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh Nik Aziz. Manakala Exco yang mentadbir Kelantan yang dilantik oleh Nik Aziz ketika itu tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang di bidang undang-undang.

4. Walaupun ada penasihat undang-undang negeri tetapi Nik Aziz dan Exconya tidak ada pengalaman dan kemahiran mengurus dan gagal membuat keputusan yang tepat dan akhirnya rakyat dan Negeri Kelantan menjadi mangsa menanggung beban hutang sehingga kini.

5. Disebabkan keegoan pemimpin PAS yang enggan mendapat khidmat undang-undang dari kerjaan Pusat menyebabkan kerajaan Kelantan muflis dan akhirnya, Nik Aziz tanpa rasa bersalah mewakili kerajaan Negeri Kelantan memohon bantuan daripada kerajaan pusat dengan menemui Tun Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan beban hutang.

Orang lain yang berhutang tapi orang lain yang diminta membayarnya.

Tun Mahathir bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi pinjaman mudah sepertimana yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFC) yang dimainkan oleh pembangkang iaitu sebanyak RM600 juta dengan pemberian secara berperingkat,bermula dengan RM200 juta hingga RM600 juta dalam tempoh 3 tahun.

6. Keputusan tersebut telah mengecewakan ahli UMNO dan tidak bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir membantu Negeri Kelantan kerana orang-orang PAS yang di ketuai oleh Nik Aziz dan pemimpin yang lain ketika itu telah memberi pelbagai gelaran termasuk FIRAUN dan MAHA FIRAUN ketika berceramah di pentas-pentas politik.

7. Tun Mahathir merasionalkan penyokong UMNO dengan mengatakan beliau bukan PM kepada UMNO dan BN tetapi PM kepada rakyat Malaysia. Pem berian RM600 juta itu adalah untuk rakyat Kelantan sebab Kelantan di bawah Persekutuan Malaysia dan bukan RM600 juta untuk Nik Aziz dan orang-orang PAS tetapi untuk membantu rakyat Kelantan. Terpulang kepada Nik Aziz dan kerajaan yang dipimpinnya untuk mengurus tadbir RM600 juta itu sebab duit ini diberi oleh kerajaan pusat terus ke perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan tanpa dipantau.

Etika yang perlu ditunaikan oleh kerajaan negeri ialah membayar kembali kepada kerajaan pusat mengikut perjanjian. Terma yang sama diberikan kepada NFC.

8. Apa yang mengecewakan, selepas kerajaan Pusat membantu kerajaan PAS Kelantan, Menteri Besarnya Nik Aziz sebagai pemimpin negeri Kelantan tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir dan tidak pernah buat kenyataan akhbar tentang pertolongan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan.

9. Apabila ditanya mengapa tiada satu pun ucapan terima kasih diucapkan oleh pemimpin dan penyokong PAS,  mereka menjawab di pentas-pentas politik dengan mengatakan PAS tidak perlu berterima kasih kepada manusia tetapi cukup mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja.

Begitu sekali sikap pemimpin dan penyokong PAS. Adakah ajaran Islam mengajar umatnya bersikap sedemikian, atau adakah itu ajaran pemimpin parti berkenaan?

10. Episod beban hutang ini berlanjutan apabila Nik Aziz tanpa rasa bersalah meminta pertolongan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi orang tengah untuk berjumpa dengan Tun Mahathir sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM pada 2003. Pertemuan itu adalah atas permintaan Nik Aziz yang mewakili kerajaan negeri Kelantan yang merayu supaya sebahagian hutang kerajaan negeri Kelantan (RM500 juta) dapat dilupuskan oleh kerajaan pusat.

Harapan Nik Aziz dan kerajaan Kelantan supaya diterima oleh Tun Mahathir seperti mana beliau membantu Nik Aziz dan kerajaan Kelantan pada pertengahan dan akhir tahun 1990an (isu air) dahulu hampa, kerana Perdana Menteri tidak dapat menunaikan permintaan tersebut dengan alasan jika RM500 juta hutang kerajaan Kelantan dihapuskan oleh kerajaan pusat, maka ada 13 buah negeri di bawah Persekutuan Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan akan meminta perkara yang sama dan adalah tidak adil jika hanya Kelantan diberi keistimewaan seperti itu.

Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia barulah Nik Aziz mengakui kerajaan Kelantan pernah mendapat bantuan dari kerajaan pusat berjumlah RM600 juta berhubung isu air di Kelantan.

Nik Aziz dalam wawancara dengan akhbar arus perdana itu mengakui bahawa Tun Mahathir seorang yang baik dan hatinya putih kerana pernah membantu kerajaan Kelantan yang pada masa itu menghadapi krisis kewangan.

Persoalannya, kenapa selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM baru Nik Aziz menghargai jasa-jasa beliau dan sekali gus mengakui bahawa kerajaan pusat pimpinan Tun Mahathir pernah membantu kerajaan Kelantan ketika susah dahulu dengan sejumlah wang yang banyak (RM600 juta) walaupun kerajaan Kelantan parti pembangkang dan tidak satu aspirasi dengan kerajaan pusat (BN).

Jawapannya, mungkin anda semua dah tahu.

Inilah fakta-fakta yang cuba dipadamkan oleh pemimpin dan penyokong PAS, supaya mereka boleh mengambarkan UMNO yang mengetuai kerajaan pusat adalah zalim dan perlu ditukar.

Itu sebab PAS mengunakan slogan ‘PAS GANTI UMNO’, tetapi mereka lupa bahawa sebenarnya ‘DAP yang akan GANTI PAS’. 

Bukankah Mat Sabu Al-Komuniz sekarang ini Pencinta DAP!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.