`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 27, 2015

Betullah kos pengurusan jenazah itu mencecah RM4,735..


Masa zaman Datuk dan Nenek kita 30 atau 40 tahun yang lalu.. rasanya tak ada sebarang bayaran yang dikenakan atau diminta untuk menguruskan jenazah..

Ianya dilakukan secara bergotong-royong lagipun ianya adalah Fardu Kifayah dalam Islam..

Tapi masa dah merubah segalanya.. dalam kita mengejar kemajuan dan kesenangan, kita seolah-olah meminggirkan budaya gotong-royong yang diamalkan oleh masyarakat kita sejak dulu..

Segalanya memerlukan bayaran.. hinggakan 'Fardu Kifayah' pun sudah diperniagakan..

Betul rupanya resit bayaran yang dikeluarkan oleh pihak Masjid Lama, Sungai Bakap yang tersebar dilaman media sosial sejak semalam itu..

Kos asas untuk mengkebumikan jenazah ialah RM1,200 tapi ianya meningkat menjadi RM4,735  setelah lain-lain 'option' dikehendaki oleh waris...

Maka jangan merasa terkejut, jika suatu masa nanti kita akan sering membaca laporan mengenai jenazah yang ditemui diletakkan di tepi-tepi jalan ataupun di hadapan Masjid.

Puncanya ialah tidak mampu untuk membayar kos bagi menguruskan jenazah sama seperti apa yang warga asing di negara kita lakukan sekarang ini.

Sempurnakan ala kadar, tinggalkan jenazah di tepi jalan agar mendapat perhatian pihak berkuasa yang mana akhirnya segala kos pengkebumian ditanggung oleh Kerajaan..

Segalanya mungkin....


Laporan berkaitan...

‘Itu salah faham’

Nibong Tebal: Isu kos pengebumian jenazah seorang lelaki meninggal dunia di Sungai Bakap, petang semalam yang mencecah RM4,735 dan menarik perhatian masyarakat seluruh negara selepas resit pembayaran dikeluarkan masjid jadi viral di media sosial dianggap sebagai salah faham.

Setiausaha masjid berkenaan, Ishak Abu Hassan berkata, ia sebenarnya bayaran untuk dua perkara iaitu menguruskan pengebumian jenazah dan upah bagi pelajar pondok berhampiran untuk membaca al-Quran.

"Sebenarnya kos menguruskan jenzah hanya sekitar RM1,200 namun atas permintaan keluarga, kos itu meningkat.

"Selepas berbincang dengan semua pihak termasuk keluarga arwah isu ini dianggap selesai," katanya.

Ishak berkata, dia dimaklumkan mengenai resit berkenaan yang viral di media sosial sejak semalam namun tidak mengendahkannya kerana sudah dibawa ke pengetahuan keluarga arwah.

"Selepas solat Isyak semalam saya sudah maklum mengenai perkara ini," katanya lapor myMetro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.