`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 11, 2014

Tiga pelajar tingkatan 5 rogol rakan sekelas

KOTA BHARU - Tiga remaja tingkatan lima didakwa atas tuduhan merogol rakan sekelas, di mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Seorang daripada mereka mengaku salah atas tuduhan itu, sementara dua lagi memohon untuk dibicarakan.

Ketiga-tiganya berusia 17 tahun dan didakwa merogol mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu.

Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, bagaimanapun mereka pesalah juvenil menyebabkan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001.

Mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah itu diikat jamin RM2,000.

Tertuduh yang mengaku merogol mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana sudah di tempatkan di Sekolah Tunas Bakti Taiping.SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.