`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 4, 2014

Padah Intai Isteri Orang



KEMAMAN - Seorang pemuda maut setelah dipukul sekumpulan lelaki 
kerana dipercayai bertindak mengintai salah seorang isteri suspek dalam 
kejadian di Kampung Bujar, Air Jernih, di sini Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul 
Aziz Wan Hamzah berkata, berang dengan tindakan itu, suami wanita berkenaan
bersama empat lagi rakannya memerangkap mangsa dalam kejadian kira-kira 
pukul 8.30 malam itu.

"Mangsa ketika itu dipercayai leka mengintai isteri suspek yang berusia 20-an 
menerusi tingkap jeriji (tingkap nako) di sebuah rumah yang terletak di satu kawasan
yang dikelilingi tanaman kelapa sawit.

Geram dengan tindakan berulang itu, mereka menangkap mangsa dan dipercayai 
memukul lelaki itu sehingga pengsan sebelum membuat keputusan untuk meng-
hantarnya ke Pusat Kesihatan Kemasik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Wan Abdul Aziz, akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan di 
bahagian dada, tangan dan dahi serta pendarahan di hidung dan telinga akibat dipukul.

Mangsa kemudian dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan
rawatan lanjut di Hospital Kemaman.Wan Abdul Aziz berkata, bagaimanapun kira-kira
pukul 12.01 tengah malam Isnin, pihaknya telah menerima maklumat daripada 
Hospital Kemaman tentang mayat seorang lelaki yang diterima di hospital itu.

Katanya susulan kejadian itu, pihaknya berjaya menjejaki dan menahan kelima-lima
suspek yang berusia antara 22 hingga 30 tahun di sekitar Kemaman pada hari yang 
sama.Jelasnya kesemua suspek termasuk suami wanita berkenaan yang antaranya 
bekerja sebagai mekanik, jurukimpal dan pemandu lori ditahan reman selama tujuh
hari untuk siasatan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan 
kerana membunuh. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.