`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 4, 2014

Ketua Pembangkang Selangor Pemalas

Shamsudin dilantik pengerusi PAC S'gor lagi


Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias sekali lagi dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan (PAC) negeri.

Beliau bagaimanapun tetap enggan menerimanya setelah menolaknya dua kali sebelum ini pada 2010 dan 2013.

Shamsudin memberi alasan jawatankuasa itu tidak berkuasa kerana hanya dianggotai dua wakil BN.

"Saya sebenarnya tak bersetuju dari dulu. Kalau pelantikan itu atas dasar empowerment, kalau dia bagi majoriti pada BN, setuju," katanya pada sidang media petang ini.

Menurut Shamsudin, beliau akan menulis surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh untuk memaklumkan penolakan tersebut.

Shamsudin pada mulanya sedikit terkejut apabila mengetahui pelantikan itu sewaktu ditanyakan soalan tentangnya.

Shamsudin ketika itu mengadakan sidang akhbar di pejabat ketua pembangkang sewaktu usul pelantikan beliau bagi menggantikan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) diajukan oleh Menteri Besar Azmin Ali dalam DUN.

Speaker: Wajib terima

Sementara itu, Yeoh pada sidang medianya selepas selesai sidang dewan bersidang berkata Shamsudin tidak boleh menolak pelantikan itu.

Ini kerana, tambahnya, sidang dewan hari ini meluluskan pindaan Peraturan Tetap 68(1) yang mewajibkan PAC dipengerusikan oleh ketua pembangkang.

"Beliau tidak boleh menerima kemudahan (sebagai ketua pembangkang) tetapi menolak tanggungjawabnya.

"Inilah peluang terbaik beliau untuk menjalankan peranannya sebagai pembangkang.

"Jawatan ini mengupayakan beliau untuk berbuat demikian," kata Yeoh.

Menurutnya, pindaan itu dibuat supaya ketua pembangkang tidak lagi mempunyai pilihan untuk menolak pelantikan itu.

Sementara itu, mengulas penolakan kemudahan untuk ketua pembangkang oleh Shamsudin, Yeoh berkata, beliau belum dimaklumkan secara bertulis oleh Shamsudin.

Minggu lalu beliau dilaporkan menolak peruntukan RM200,000 untuk setiap ADUN BN yang disediakan kerajaan negeri.

Shamsudin bertegas mahu peruntukan tahunan sebanyak RM700,000 bagi setiap DUN sama seperti yang diberikan kepada DUN di bawah Pakatan Rakyat. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.