`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, December 19, 2014

BANJIR DI KELANTAN, KERETA-KERETA DIHANYUTKAN AIR BAGAI TSUNAMI


KEJADIAN DISEKITAR  RANTAU PANJANG, SEMALAM


Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,815 orang pada tengah malam tadi berbanding 8,407 pada 9.30 malam - kemaskini




Jumlah mangsa banjir di Kelantan lebih 8,000 orang
18 Disember 2014

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin meningkat daripada 6,693 orang petang tadi kepada 8,505 orang malam ini.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, mangsa kini ditempatkan di 90 pusat pemindahan yang dibuka di semua 10 jajahan iaitu Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok.

Di Kuala Krai, sebanyak 2,373 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan antaranya di SK Telekong, SMK Keroh, SK Sungai Embak dan SM Teknik Kuala Krai.

Di Pasir Mas, 1,628 mangsa ditempatkan di 18 pusat pemindahan antaranya Masjid Chasi, SK Tok Uban dan SMK Kangkong.

Dalam jajahan Tanah Merah, seramai 1,458 orang ditempatkan di 22 pusat pemindahan antaranya SK Kulim, Madrasah Kampung Renat dan Madrasah Bendang Besar.

Di Machang, 1,316 mangsa ditempatkan di 22 pusat pemindahan antaranya di Madrasah Sungai Mas, SK Pangkal Meleret, SJKC Pei Hwa dan SK Hamzah 1.

Di Kota Baharu, 816 mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, SK Sri Ketereh, SK Mulong, SK Dewan Beta dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor.

Dalam jajahan Pasir Puteh, 626 mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu SK Wakaf Raja, SK Changgai, SMK Kamil dan SK Kamil I manakala dalam jajahan Bachok, 60 mangsa di tempatkan di SK Pak Badol.

Di jajahan Tumpat, seramai 126 mangsa ditempatkan di dua buah pusat pemindahan iaitu di SK Kebakat dan SK Kok Keli.

Di Gua Musang, seramai 82 mangsa ditempatkan di Pejabat Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Lebir.

Di Jeli, keadaan banjir hampir pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 16 orang yang ditempatkan di SMK Ayer Lanas.

Setakat pukul 8 malam, paras air di lima sungai berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.68 meter (paras bahaya 9.00 meter).

Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Bharu dilaporkan berada pada paras 5.46 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 26.67 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah merekodkan bacaan 17.84 (paras bahaya 16.00 meter).

Paras air Sungai Lebir di Gua Musang pula merekodkan bacaan 36.51 meter berbanding paras bahaya 35.00 meter. - Bernama



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.