`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 9, 2014

APA?? 800 Hektar kawasan balak dihadiahkan kepada kroni?


Ketua Pembangkang DUN Anthony Loke Siew Fook hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menganugerahkan kawasan balak seluas 809 hektar kepada Langkah Hormat Sdn Bhd, syarikat yang langsung tidak mempunyai pengalaman.

“Daripada sepuluh syarikat diberikan lesen balak pada 2013, apakah keistimewaan Langkah Hormat Sdn Bhd diberikan dua lesen?

“Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Haji Hasan harus memberi penjelasan mengenai penganugerahan misteri ini,” kata Loke dalam ucapan Perbahasan Belanjawan 2015 di Dewan Undangan Negeri.

Menurut Anthony, satu daripada dua lesen itu untuk sebahagian kawasan 15,16,17,81 dan 80 (Blok A) Hutan Simpang Triang, Jelebu seluas 404.69 hektar.

Manakala, satu lagi lesen adalah sebahagian kawasan 15,16,17,81 dan 80 (Blok B) di tempat dengan keluasan sama.

“Ini bermaksud Langkah Hormat Sdn Bhd mendapat lebih 800 hektar tanah pembalakan merangkumi 50 peratus jumlah kawasan yang dibenarkan di seluruh Negeri Sembilan.

Loke yang juga ADUN Chennah menyatakan, jawapan bertulis diterimanya April lalu memberitahu, bagi tahun 2013 kerajaan negeri mengeluarkan lesen pembalakan kepada sepuluh syarikat dengan keluasan 1,661.79 hektar.

Kerajaan negeri menyatakan hasil dikutip pada 2013 dari aktiviti pembalakan sebanyak RM11,0032,659.49

Dalam pada itu semakannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Langkah Hormat Sdn Bhd dengan nombor syarikat 983808-A hanya ditubuhkan pada 23 Mac 2012 dan beralamat di Melaka.

“Lebih mengejutkan, dilaporkan dalam maklumat syarikat ialah ‘dormant’ (tidak aktif) dengan ‘paid-up capital’ hanya RM10 ribu dan tiada langsung penyata kewangan dilaporkan,” ujar Anthony. - Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.