`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 6, 2014

3 Remaja Syaitan Setubuh Kanan-kanak Di Wangsa Maju


Kuala Lumpur: Usia mereka masih muda, namun tiga remaja lelaki belasan tahun
tergamak memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun 
selain mengugut akan memukul mangsa jika dia menceritakan apa yang 
dilakukan mereka kepada keluarganya.

Difahamkan, perbuatan jijik tiga remaja terbabit bukan kali pertama, sebaliknya
sudah beberapa kali memperkosa kanak-kanak terbabit dan setiap kali dia akan 
diugut pukul jika membocorkan rahsia.

Kebiasaannya mereka akan melakukan perbuatan itu di sekitar kawasan perumahan 
di Wangsa Maju dan selepas selesai suspek akan mengarahkan mangsa pulang
ke rumah.

Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila beberapa remaja lelaki yang
juga tinggal di kawasan terbabit mengetahui kejadian itu selepas mangsa mengadu
menyebabkan mereka mencari suspek dan membawanya bersemuka dengan ibu 
mangsa Jumaat lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.