`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 6, 2014

SUAMI JADI PELANGGAN TETAP RESTORAN,ISTERI MOHON IMIGRESEN

“”Tolong serbu restoran itu. Suami saya sudah kerap balik lewat sejak menjadi pelanggan restoran yang dipenuhi wanita warga asing itu.

“”Suami juga sudah mula tidak menghiraukan keluarga dan kerap menghabiskan wang dengan berfoya-foya di situ. Tolong serbu dan tahan wanita asing itu,”” rayu salah seorang isteri yang mengadu kepada Pejabat Imigresen Lumut.

Ketua Imigresen Lumut Nor Azman Ibrahim berkata, itu antara puluhan aduan yang diterima daripada orang ramai yang melaporkan kegiatan wanita warga asing di restoran dan kedai makan di sekitar Sitiawan dan Seri Manjung, dekat sini.

Boleh dikatakan pihak Imigresen menerima aduan seperti itu setiap bulan yang mendesak pihaknya membuat serbuan.

“”Hasil daripada aduan berikut kita sudah mengenal pasti lebih 80 restoran dan kedai makan yang menggunakan khidmat wanita warga asing bagi menarik pelanggan. 

Kebanyakan wanita asing yang ditahan hasil serbuan yang dilakukan terdiri daripada warga Vietnam dan Cina,”” katanya selepas Program Malam Jalinan Mesra Jabatan Imigresen Lumut bersama Media Manjung, di D’Batik Motel Teluk Batik, semalam.

Nor Azman berkata, sejak Ogos hingga Oktober lalu, pihaknya melakukan 27 operasi membabitkan 188 tangkapan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.