`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 16, 2014

Lee Chong Wei Buat Kejutan Lagi..


KUALA LUMPUR: "Tidak salah isu doping melibatkan Chong Wei dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)."Itu ketegasan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, semasa mengulas nasihat Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang menyarankan agar kes doping Atlet Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei tidak dibawa ke CAS.

"CAS adalah saluran rayuan bagi kita, tiada sesiapa akan kata kita tidak serius dalam isu doping kalau sekiranya kita bawa (isu doping) kepada CAS," jelasnya pada sidang media selepas menghadiri sesi Townhall Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, di sini, hari ini.

Khairy juga menyifatkan saranan Presiden MOM itu sebagai nasihat yang pelik."Saranan itu seolah-olah menggambarkan apabila seseorang itu dibawa ke mahkamah dan didapati bersalah, dia tidak boleh membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu. 

Saya rasa nasihat tu agak pelik sikit,""Kalau kita rasa kita dapati keputusan di peringkat BWF tidak memihak kepada Lee Chong Wei, beliau ada hak untuk bawa perkara ini ke CAS,"  tambahnya.

Menurut Khairy, pihaknya sentiasa memandang serius isu doping melibatkan Lee Chong Wei dan akan komited untuk menyelesaikan masalah melibatkan atlet negara itu."Ini tidak maksud bahawa kita tidak serius dalam isu doping dan tidak bermaksud kita tidak terima keputusan BWF , kita terima tapi kita masih lagi nak buat rayuan, dalam kes ini adalah CAS," ujar beliau.

Sebelum ini, Atlet Badminton Negara, Lee Chong Wei disahkan positif bahan terlarang 'dexamethasone' dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Olso, Norway. ~astro awani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.