`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, November 15, 2014

`Krisis’ Kedah yang dipandang enteng

Penentangan sebahagian pemimpin dan ahli akar umbi terhadap Azizan bagaikan tidak boleh ditutup lagi dan akan berterusan hingga pilihanraya ke 13.
PETALING JAYA: Masalah PAS Kedah ialah pertembungan antara kumpulan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan exco kanan berpengaruh Datuk Phahrolrazi Zawawi.  Kedua-dua mereka merupakan orang nombor satu dan dua PAS di negeri itu.
Mengejutkan kerana pergeseran yang terjadi itu menyusul beberapa bulan selepas pelan damai PAS Pusat terhadap PAS Kedah ekoran Phahrolrazi dan rakannya Dr Ismail Salleh menolak perlantikan semula sebagai exco kerajaan negeri.
Kedua-dua mereka membantah pimpinan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah.Bagaimanapun, serangan itu tidak memberi kesan kerana PAS Pusat mempertahankan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah.
Malangnya serangan terbaru Phahrolrazi ke atas bosnya itu berlaku ketika pilihan raya umum ke 13 berada di depan mata.
Tetapi mengingatkan Phahrolrazi telah melancarkan serangan serupa, ia tidak pelik walaupun beliau tahu ia tidak akan berjaya kerana PAS Pusat akan menyebelahi Azizan.
Seorang pemimpin PAS Kedah memberitahu selagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Presiden PAS dan Datuk Mustafa Ali sebagai Setiausaha, Azizan akan selamat kerana mereka mempunyai hungungan sangat rapat sejak sekian lama.
Masalah dalaman
Bolehlah kita mengatakan bahawa PAS berdepan dengan masalah dalaman sejak menjadi kerajaan negeri selepas kemenangan dalam pilihan raya umum 2008.
Isu terpendam ibarat api dalam sekam ini, jika tidak diurus dengan baik, apatah lagi mengambil sikap “tidak apa” tidak mustahil akan menyebabkan akar umbi patah semangat dan daya juang.
Kehilangan semangat dan daya juang ini akan membuka ruang yang luas bagi lawan menyelinap dan merampas semula Kedah.
Barangkali hujah bahawa rakyat atau penyokong Pas dan PR inginkan perubahan, tidak boleh diterima sepenuhnya. Apa perlu rakyat bersusah payah, sedangkan pemimpin tidak menjaga amanahnya.
Penentangan terbuka oleh ahli-ahli PAS terhadap Azizan mula tercetus dan mula merebak dan rasa tidak puas hati semakin membiak.
Soalan-soalan yang  sering diperkatakan oleh rakyat terutama penyokong dan ahli PAS berlegar kepada isu-isu berikut:
Banyak persoalan
  • Bagaimana  Azizan mengurus tadbir kerajaan negeri Kedah dan menyelaras dasar-dasar negeri seiring dengan semangat Pakatan Rakyat.. Sejauh mana exco-exco dapat berperanan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah – pandangan dan kehendak setiap exco diterima dan dapat dilaksanakan dengan sokongan MB.
  • Sejauh mana tender-tender kerajaan dan projek-projek kerajaan diurus dan pihak mana yang memperolehnya.
  • Sejauh mana akar umbi dapat manafaat daripada kerajaan. Ke mana perginya lebihan wang berjuta-juta yang didakwa MB disalurkan? Adakah peruntukan untuk pembangunan Islam ditambah seperti dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang? Adakah sekolah-sekolah agama di bawah kerajaan negeri dibantu secukupnya? Perumahan rakyat miskin yang diurus oleh kerajaan negeri di luar daripada peruntukan Persekutuan, adakah dilaksanakan dengan baik dan sampai ke golongan sasar?
  • Pelantikan pegawai tinggi seperti Kedah Civil Services dan Ketua Pegawai Eksekutif dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan  di bawah kerajaan negeri adakah diberi kepada individu yang layak dan serasi dengan aspirasi Pakatan Rakyat, atau sebaliknya?
  • Sejauh mana persepsi umum, rakyat dan penyokong dan ahli parti terhadap hala tuju urus tadbir kerajaan negeri Kedah?
  • Akhirnya,  siapakah yang berperanan menentukan hala tuju urus tadbir kerajaan negeri?
Tuduh menuduh
Pelbagai pihak telah mempertikaikan Azizan. Dalam usia yang semakin lanjut, beliau sudah beberapa kali dimasukkan di hospital. Sebahagian penentangan dan rasa tidak puas hati berpunca daripada masalah kesihatan Azizan.
Tuduh menuduh antara dua puak dalam PAS Kedah ini hanya memburukkan lagi keadaan. Apabila gajah sama gajah bertembung, rusa mati di tengah-tengah.
Tidak ada tanda-tanda Azizan akan mengundurkan diri dalam PRU 13. Malah beliau mengumumka akan mempertahankan kerusi Sungai Tiang.
Masa depan Phalrozi menjadi tanda tanya. Begitu juga dengan beberapa kerat orang kuatnya termasuk Dr Ismail Salleh, exco kerajaan negeri.
Jika krisis ini tidak diselesaikan segera, harapan rakyat Kedah kepada PAS akan berkecai. Mereka mungkin akan mengalihkan sokongan kepada BN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.