`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 16, 2014

KEBURUKAN ASAM DAN JERUK TERHADAP KESIHATAN

KEBURUKAN ASAM DAN JERUK TERHADAP KESIHATAN |  Walaupun sejak kebelakangan ini jeruk mangga asam boi bercili menjadi pujaan hati bagi penggemar jeruk, namun perlulah di beri peringatan bahawa makan terlampau banyak jeruk atau asam boleh mengundang kecelakaan pada dalaman tubuh badan kita.


Kalau nak makan dalam kadar yang sedikit, tidak mengapa. Yang tidak eloknya, jangan amalkan selalu makan jeruk atau asam ini kerana asam dan jeruk bukanlah makanan segar dan banyak khasiatnya terhakis semasa process penghasilannya. Selain itu, vitamin C dalam buah buah jeruk juga terhapus.

Di bawah ini adalah beberapa kesan makan asam atau jeruk dalam kadar yang terlampau banyak. Jom baca dan sediakan payung sebelum hujan

KESAN MAKAN ASAM ATAU JERUK TERLAMPAU BANYAK

1) Ia mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi. Boleh mengundang kepada penyakit kencing manis atau diabetes

2) Pengawet yang digunakan amat berbahaya kepada kesihatan

3) Pengawet seperti asid benzoik boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang

4) Dalam sesetengah keadaan, pengilang menggunakan pengawet berbahaya. Contohnya jeruk dari Thailand menggunakan formalin (pengawet untuk mayat) supaya jeruk tahan lama.

5) Pewarna yang digunakan boleh mengakibatkan alahan.

6) Jika pewarnanya terlalu kuat, boleh mengakibatkan kerengsaan pada perut dan kulit.

7) Namun, ramai mendakwa asam dan jeruk boleh menghilangkan pening dan mual dalam perjalanan dan mengatasi mabuk hamil.

8) Asam dan jeruk yang diambil berlebihan semasa mengandungi ditakuti akan menjejaskan kesihatan diri dan kandungan.

9) Menghakis dinding pada perut dan usus-usus di bahagian abdomen kita

10) Boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa

11) Boleh menumpulkan ketajaman gigi sebab kadar asid yang tinggi

Oleh itu, makanlah jeruk dan asam ini dalam kadar yang sedikit. Jangan jadikan ia sebagai makanan ruji harian kita. Sayang diri sendiri dan jaga kesihatan. Badan yang sihat, otak akan menjadi cergas dan hari hari kita akan sentiasa bahagia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.