`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, November 24, 2014

Isteri Curang Berzina Dua Kali Sehari Dengan Majikan


Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin
ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan
menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya
di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.

Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya
terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit 
isterinya,malam kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami
wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri 
kononnya kepenatan kerana bekerja.

“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi 
SMS,menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila
melihat SMStertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.“Lelaki terbabit
kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, 
tetapi tidak diendahkan 

wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan 
hubungan dengan majikan,” katanya.Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut 
dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga 
seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu 
sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.“Wanita itu turut mengaku
kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada
waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat 
kerja wanita berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung 
berkenaan,Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal 
Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan
terbabit ke Balai Polis Putatan.

Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit 
milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka 
melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.

“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil 
keterangansebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber Hmetro.
“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah 
Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan 
kecewa dengan kejadian itu. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.