`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, November 27, 2014

Haram semua kempen bawa keluar Sabah, Sarawak dari Malaysia, kata Zahid

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 27 November, 2014.Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 27 November, 2014.Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan semua pertubuhan yang berkempen membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia adalah haram, susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan.
Menteri dalam negeri itu berkata, kementerian sudah mengambil langkah membatalkan semua pertubuhan yang terlibat dalam kempen tersebut.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah ambil langkah membatalkan dan mengharamkan semua pertubuhan yang pemimpinnya berkempen di Sabah dan Sarawak mahu (membawanya) keluar dari Malaysia.
Mengenai pengumuman Najib, yang juga presiden Umno, hendak mengukuhkan akta itu termasuk mendakwa mereka yang terlibat dalam kempen tersebut, Zahid berkata, KDN akan mengambil tindakan sebaik ia berkuatkuasa.
"Jika akta ini dikuatkuasakan dengan mengambil kira dua perkara tadi, maka KDN melalui Polis Diraja Malaysia akan ambil tindakan," kata Zahid yang juga naib presiden Umno.
Najib semasa ucapan dasar hari ini secara terbuka mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan terus dikekalkan dengan dua penambahbaikkan.
Ia akan diperkukuh dengan menambah peruntukan khas bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.