`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 21, 2014

Dakwaan fitnah: Najib ugut saman Tony Pua

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya menarik balik kenyataan beliau menggunakan dua akhbar nasional dalam masa 14 hari sebelum saman dikeluarkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2014. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya menarik balik kenyataan beliau menggunakan dua akhbar nasional dalam masa 14 hari sebelum saman dikeluarkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2014. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menghantar surat tuntutan kepada Tony Pua ekoran kenyataan yang dibuat terhadapnya pada 3 November mengenai 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) yang disifatkannya sebagai 'sangat tertekan dan memalukan'.
Dalam surat yang ditandatangani peguamnya Datuk Mohd Hafarizan Harun, Pua diminta menyiarkan penarikan balik kenyataan itu dan memohon maaf dalam masa 14 hari dalam dua akhbar nasional atau menghadapi tindakan saman ekoran ucapannya yang dirakamkan pada 3 November bertajuk "Tony Pua: Najib is creating the biggest scandal ever in the history of Malaysia."
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga diminta mengeluarkan video itu dari Internet, hentikan sebarang kenyataan fitnah dan membayar sejumlah wang pampasan kepada Najib.
"Arahan anak guam kami adalah kenyataan fitnah dan yang serupa dengannya membawa kepada tuduhan yang serius dan/atau fitnah terhadap anak guam kami dan menyebabkannya berasa malu dan menerima tekanan hebat," menurut surat itu.
Video itu mengandungi ucapan Pua mengenai isu kontroversi 1MDB semasa majlis makan malam kutipan dana pada 3 November.
Menurut transkrip dalam surat itu, Pua berkata:
"Inilah masalah Barisan Nasional. Tiada siapa yang berani bantah perdana menteri, dan Najib sekarang seperti raja. Raja yang menimbulkan skandal terbesar dalam sejarah Malaysia. Besar! Tiada siapa yang berani bersuara, tiada, sama ada pemimpin MCA atau Gerakan atau pemimpin Umno.
"Amat memalukan skandal milik 100% entiti menteri kewangan dengan lembaga penasihat dipengerusikan perdana menteri sendiri tidak mampu menyerahkan akaun tepat pada masanya terutamanya apabila syarikat besar dan menjadi tumpuan dengan hutang 36 bilion.
"Hanya satu sebab ini boleh berlaku. Sebabnya adalah semua MCA, MIC, Gerakan tidak berani mencabar perdana menteri mereka sendiri, semuanya kata okay okay terima kasih, teruskan dan rompak duit rakyat."
Peguam Najib berkata, Pua mengeluarkan kenyataan sama "berulang kali" dan terus menyiarkannya dalam beberapa forum, portal berita, media sosial dan media online.
"Berbeza dengan kenyataan fitnah diatas, anak guam kami sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB hanya memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB yang ditugaskan mengurus dan mengendalikan 1MDB, bukannya zalim dan menindas serta autokratik dan tidak terbuka kepada kritikan, bukan pemimpin yang terlibat dengan korupsi dan bukan pemimpin yang merompak duit rakyat.
"Sewajarnya, dakwaan tidak berasas dan salah anda dengan tujuan utama mahu menyerang dan merosakkan nama baik serta reputasi anak guam kami tanpa sebab kukuh.
"Oleh demikian, tindakan anda itu berniat jahat," menurut surat itu.
Surat itu menyatakan jika Pua gagal mengemukakan jawapan balas yang memuaskan hati, tindakan undang-undang akan dimulakan terhadapnya "termasuk permohononan injuksi menghalang sebarang penerbitan lanjut."
Pua memberitahu The Malaysian Insider peguamnya, Gobind Singh sedang meneliti perkara itu dan akan memberikan respons sewajarnya.
Tambahnya, media TV3 juga hadir bersama wakil firma guaman Najib ketika menyerahkan surat kepada kakitangannya hari ini, namun beliau tidak ada di pejabatnya.
Hafarizam ketika dihubungi mengesahkan surat itu sudah dihantar ke pejabat Pua, namun menafikan pihaknya menjemput media datang bersama.
"Saya hanya suruh penghantar surat serahkan surat itu, seperti penghantar surat yang lain mereka menaiki motosikal. Tidak ada rombongan besar.
"Saya menafikan sebarang niat dan diluar pengetahuan saya ada publisiti sebegini. Hanya menghantar surat tuntutan seperti biasa," katanya.
Tambahnya, beliau masih tidak dapat lagi laporan daripada Pua yang mengesahkan sudah menerima surat tersebut.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.