`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 5, 2014

Adakah Hanya Mencuri Motosikal Remaja Di Bogel Dan Dimalukan..?

KISAH REMAJA DI BELASAH DAN DI TELANJANGKAN DIHADAPAN ORANG RAMAI KERANA CUBAAN MENCURI MOTOSIKAL MENJADI PERBUALAN HANGAT DI ALAM MAYA. 





Remaja ini dilaporkan ditangkap dalam cubaan mencuri motor, dibelasah dan dibogelkan di hadapan penduduk sekitar. Bukan mau menyebelahi si penjenayah tetapi kejadian ini tidak sepatutnya berlaku, 

walaupun mencuri itu satu kesalahan. Tindakan ini bukan sahaja memalukan pesalah dan keluarganya, malah menyebabkan masyarakat semakin berani menghukum dengan tangan mereka sendiri. Ini bukan caranya nak mengajar penjenayah. Melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang tidak memperbetulkan tindakan berkenaan malahan sipelaku juga akan diheret kemuka pengadilan kerana ambil tindakan undang-undang ditangan sendiri. 

Negara kita negara hukum .. ada peraturan dan undang-undang .. ada penguatkuasa undang-undang ... Oleh itu biarlah aliran tatacara undang-undang ini mengambil tempatnya sepertimana kemahuan dan semangat undang-undang itu di cipta. Hentikan perbuatan yang bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi lebih bersifat tiada perasaan kemanusiaan dalam jiwa.  Islam tidak mengajar cara begini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.