`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 12, 2014

Rupanya, Di Melaka Pun Ada Acara Oktoberfest..

Pesta Arak: PAS desak k'jaan Selangor bertindak | Watch the video ...

Gambar hiasan
RUPANYA Di Melaka pun ada acara Oktoberfest..  Cuba siasat lagi negeri-negeri lain majoriti Islam di bawah kerajaan BN..

Gambr hiasan

MAKSUDNYA : “ wahai orang-orang beriman, sesungguhnya arak, judi ...
Begini Beritanya..
Melaka pantau Oktoberfest
Melaka: Kerajaan Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara Oktoberfest dijangka berlangsung di Jonker Walk di sini pada 18 Oktrober ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara berkenaan.

“Saya beri jaminan yang kita akan pastikan orang Islam tidak akan dibenarkan minum arak di sana dan akan bertindak tegas sekiranya menerima laporan yang menyatakan demikian,” katanya selepas istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-76 di Dewan Seri Negeri, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak dapat menghalang orang bukan Islam untuk meminum arak pada acara tersebut kerana tiada peruntukan undang-undang yang melarang perbuatan itu.

Terdahulu, pada istiadat itu, 353 orang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka didahului Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Tiga penerima pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’ termasuk Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Kamarudin Mat Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Dua puluh satu penerima pula dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut membawa gelaran ‘Datuk’ antaranya Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Said; Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Tengku Azman Tengku Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) Datuk Dzulkifli Fadzilah dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Enam belas penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka; Bintang Cemerlang Melaka (32); Bintang Khidmat Terpuji (65); Pingat Jasa Kebaktian (125); Pingat Bakti Masyarakat (76) dan Pingat Khidmat Lama (14). - Bernama.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pegidah UMNO, Capa tak kenal lu?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.