`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 10, 2014

Hutang PTPTN gomen kejaq,hutang kroni OK bos...

Menteri UMNO yang paling sengkek akai...

PTPTN: Peminjam culas ke senarai CCRIS(PTPTN defaulters to be blacklisted under CCRIS)...

 Para peminjam yang culas membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Laporan Berita Harian menyebut, langkah terbaru itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Tindakan senarai hitam dalam sistem yang ditubuhkan oleh Bank Negara itu akan menyekat peluang peminjam terbabit untuk memohon pembiayaan dengan agensi kewangan lain.

Langkah berkenaan akan dimulakan dengan usaha mengutip semula dana berjumlah kira-kira RM1.2 bilion daripada 170,000 peminjam yang dilaporkan langsung tidak pernah membuat bayaran sejak 1998 hingga 2010.

Ia bagi menampung dana perbadanan tersebut yang dilaporkan mengalami penyusutan serius.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semalam mendedahkan lebih setengah juta peminjam tidak melunaskan pinjaman sejak tabung itu diwujudkan pada Julai 1997.

Seramai 552,000 peminjam tidak membayar walau satu sen kepada PTPTN selepas menamatkan pengajian mereka, katanya. 


National Higher Education Fund (PTPTN) loan defaulters will soon be blacklisted under the Central Credit Reference Information System (CCRIS).

The move will be implemented from next year, Berita Harian reported today.

The system, which was established by Bank Negara, will block loan defaulters from applying for loans from other financial agencies.

This includes applications for personal loans, credit cards, houses and cars.

The move will kick-start with efforts to recover funds worth RM1.2 billion from 170,000 loan defaulters who have never made any payment from 1998 to 2010.
This is to recover PTPTN’s funds, which have witnessed a serious depletion over the years.

Meanwhile, Education Minister II Idris Jusoh (left) said the 170,000 loan defaulters would be given a chance to discuss ways for them to pay their loans before their names are blacklisted under the CCRIS.

‘When we announce the move soon, we will give them three months to discuss and make payment before their names are listed under CCRIS,” Idris was quoted as saying by Bernama.

“We have their information and we know that some of them are paid handsomely. But they never go to PTPTN to discuss matters or make any payment.” - mk


A police forensics team dusting for fingerprints on the side of one of the cars parked outside the pub near the Sun Complex in Jalan Bukit Bintang. - The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, October 9, 2014.
Adakah letupan bom angkara ekstremis Islam...

Letupan bom hari ini yang berlaku di hadapan pub Jalan Bukit Bintang tidak terlepas dari kritikan rakyat Malaysia di media sosial, di mana ramai dengan pantas mengaitkan letupan tersebut dengan pergaduhan tentang festival arak, "Oktoberfest".

Malah, walaupun pihak polis mengesyaki gangster di sebalik letupan yang meragut satu nyawa dan mencederakan 13 lagi, pengguna Internet membuat spekulasi kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) sudah tiba di Malaysia.

"Saya rasa ini berkaitan dengan alkohol... anda mahukan festival arak... ini mungkin sebabnya..." tulis pengguna Facebook Mariah Mohd Shah yang menyelitkan pautan artikel tentang letupan bom tersebut.

Peter Cheng menulis di Facebook, "Bagaimanapun saya dapat rasakan ini kerja jihadis. Ia berlaku di luar pub. Habislah Malaysia tersayang kita!"

Yang lain pula mula menulis komen dengan perkataan, "Isis sudah tiba!" dan "Selamat datang Isis!" sementara yang lain melontar nama kumpulan pengganas Islam yang terkenal seperti al-Qaeda dan Taliban.

Pembaca The Malaysian Insider juga tidak percaya kumpulan gangster dalang di sebalik letupan tersebut, selepas memberi perhatian kepada senjata yang dipilih serta sasaran bom tangan itu.

"Mensasarkan kelab lebih kedengaran seperti ekstremis sedang cuba mengajar bukan Islam satu pengajaran, lebih daripada pergaduhan kumpulan jenayah. Dan bom tangan? Bolehkah rakyat biasa dapatkan bom tangan?" soal "ZakariahZ".

"Seberang" menyatakan Isis sudah pun tiba, dengan berkata, "Ini bukan pergaduhan kumpulan jenayah."

"Gangster tidak akan gunakan bom tangan kerana ia terlalu bahaya, dan jika ditangkap akan dijatuhkan hukuman mati. Lebih-lebih lagi, gangster mungkin akan letupkan diri sebelum melontarkannya."

"chatwave" pula mengatakan pihak polis terlalu cepat menyalahkan kumpulan jenayah sebelum menyiasat apa-apa.

"Bagaimana mereka tahu? Main taruh saja. Boleh jadi ia ekstremis anti-arak juga. Bukankah PAS dan kumpulan tegar membantah Oktoberfest semalam?" tulis "chatwave".

Oktoberfest bermula pada 24 September di beberapa lokasi di Selangor, tetapi kemuncaknya bermula esok sehingga hujung minggu ini di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Semalam, Dewan Ulama PAS menyuarakan bantahan keras terhadap festival meminum arak itu, dan menggesa pihak berkuasa Selangor mengambil tindakan terhadap penganjurnya kerana mempromosikan festival tersebut tanpa permit.

Kumpulan sayap kanan Islam kontroversi, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menghalang promosi Oktoberfest yang sedang berjalan.

Namun pengguna Facebook yang lain berkata tahap kerosakan itu terlalu kecil bagi kumpulan ekstremis Islam.

"Lokasi dan keadaan insiden itu jelas kerja kumpulan jenayah," tulis Wan Amirul.

Jamilah Endot menulis di Facebook mengatakan letupan tersebut hanya "peperangan kongsi gelap".

"Kompleks The Sun terkenal dengan pelacuran, aktiviti pendatang haram etc, jadi peperangan antara kongsi gelap hanya tunggu masa untuk terjadi..." tulisnya.


Awal pagi ini, joki kereta terbunuh dan 13 lagi cedera apabila bom tangan meletup di depan pub di Jalan Bukit Bintang di pusat Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng, seorang joki kereta Tiong Kwang Yie, 36, mati dalam insiden tersebut.

"Polis menerima aduan pada 4.25 pagi dan menghantar despatch ke kelab malam Cherry Blossom untuk mengenalpasti kerosakan.

"Laporan awal menunjukkan dua bom tangan dilontarkan dari tingkat dua bangunan."

Mereka yang cedera, sembilan lelaki dan empat wanita, berumur antara 20 dan 42, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tung Shin.

Mangsa dikenalpasti sebagai Lim Soon Hock, 51, Teoh Keow Meng, 40, Yaw Lee Hock, 41, C. Revindran, 49, and Tiong Kwang Yie. Sementara warga asing Jasu (Thailand), Wong Kim Teng (Singapura), Ma Yunfeng dan Yong Jiaqin (kedua-dua dari China). Lima lagi mangsa lagi bagaimanapun belum dapat dikenalpasti.

"Siasatan awal mendedahkan dua bom tangan dilontarkan tetapi hanya satu meletup.

"Serpihan daripada bom tangan itu mencederakan orang ramai," kata Gan.

Empat kenderaan rosak akibat letupan tersebut – satu Toyota Vellfire (WVL 168), Toyota Camry (WTT 8999), Mazda 2 (WXJ 3333) dan satu BMW (WTV 36).

Polis menjumpai bom tangan kedua yang tidak meletup di bawah kereta Toyota Camry.

"Kami percaya ini berkaitan dengan perang antara kongsi gelap."

Sebuah pasukan forensik berada di tempat kejadian, meneliti kawasan tersebut untuk bahan bukti dan menemuramah saksi.

Semakan mendedahkan bom tangan tersebut dikeluarkan pada Mac 1983. Bom tangan yang tidak meletup itu diletupkan polis di kawasan kejadian pada 12.37 tengah hari tadi. – tmi


Insiden letupan bom di Jalan Bukit Bintang awal hari ini mengundang pelbagai spekulasi daripada pengguna media sosial yang ingin tahu siapa di sebalik kejadian tersebut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Oktober, 2014.
Was bomb blast the work of Muslim extremists...

The timing of today’s bomb blast in front of a pub along Jalan Bukit Bintang has not escaped the attention of Malaysians on social media, many of whom were quick to associate the explosion with the heated debate over the “Oktoberfest” beer festival.

Even as police suspect gangsters to be behind the blast which killed one and injured 13 others, Internet users speculated that the Islamic State of Iraq and Syria (Isis) militants have reached Malaysia’s shores.

“I guess this is something to do (with) the alcohol... you wanted a beer festival... this may be the case...” wrote Facebook user Mariah Mohd Shah on a link to the news article on the bomb blast.

Peter Cheng wrote on Facebook: “Somehow I get the feeling this is jihadist work. It’s outside a pub. Habis la our beloved Malaysia!!!”

Others began posting comments with the words “Isis is here” and “Welcome Isis!”, while a few bandied names of other well-known Islamist terrorist groups such as Al Qaeda and the Taliban.

Readers of The Malaysian Insider were also sceptical that gangsters were behind it, noting the weapon of choice used and the target of the grenade.

“Targeting club sounds more like extremists trying to ‘teach the non-Muslims a lesson’ than an underground tussle. And grenades? Can any civilian acquire hand grenades?” asked “ZakariahZ”.

“Seberang” declared that Isis had arrived, saying: “This is no underworld tussle.

“Gangsters not going to use grenades as too dangerous and if caught, death sentence. Furthermore the gangsters will probably blow themselves up before throwing.”

“chatwave” noted that the police were quick to pin the blame on the underworld before having even conducted any investigation.

“How they know? Simply taruh only. Could be extremists of the anti-liquor faction too. Didn’t PAS and some hardline groups oppose Oktoberfest just yesterday?” wrote “chatwave”.

Oktoberfest started on September 24 at several locations in Selangor but the highlight of the event runs from tomorrow until the end of the week in Bandar Utama, Petaling Jaya.

Earlier today, PAS Dewan Ulama voiced strong objections to the beer-drinking festival and urged Selangor’s local authorities to take action against the organiser for openly promoting the event without a permit.

Controversial Muslim right-wing group Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) has also demanded that the authorities take immediate action to stop promoting the ongoing Oktoberfest beer festival.

But other Facebook users said the scale of the destruction was too small to be the work of Muslim extremist groups.

“The location and nature of business along this area spells underworld clearly,” wrote Wan Amirul.

Jamilah Endot wrote on Facebook that the explosion was “merely a triad warfare”.


“The Sun Complex is well known for prostitution, illegal immigrant activities, etc so the underworld disagreement is bound to happen...” she wrote.

Early this morning, a car jockey was killed and 13 others injured when a hand grenade exploded in front of the pub along Jalan Bukit Bintang in the heart of Kuala Lumpur.

According to Kuala Lumpur CID chief Senior Assistant Commissioner Gan Kong Meng, car jockey Tiong Kwang Yie, 36, died in the incident.

"Police received a complaint at 4.25am and sent a despatch to the Cherry Blossom nightclub to ascertain the damage.

"Initial reports indicate that two hand grenades had been thrown from the second floor of a building."

The injured, nine men and four women, aged between 20 and 42, were sent to Kuala Lumpur Hospital and Tung Shin Hospital.

The victims have been identified as Lim Soon Hock, 51, Teoh Keow Meng, 40, Yaw Lee Hock, 41, C. Revindran, 49, and Tiong Kwang Yie. The foreign nationals are Jasu (Thailand), Wong Kim Teng (Singapore), Ma Yunfeng and Yong Jiaqin (both China). The other five victims have not been identified.

"Initial investigations reveal that two hand grenades were thrown but only one exploded.

"Shrapnel from the hand grenade caused injuries to passers-by," Gan added.

Four vehicles were damaged in the blast – a Toyota Vellfire (WVL 168), Toyota Camry (WTT 8999), Mazda 2 (WXJ 3333) and a BMW (WTV 36).

Police found the second hand grenade, which failed to explode, under the Toyota Camry.

"We believe this is linked to an underworld tussle.”

A police forensic team is at the scene, combing the area for clues and interviewing witnesses.

Checks revealed that the hand grenades had been issued in March 1983. The unexploded grenade was detonated by police at the scene at 12.37pm. – tmi

cheers.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.