`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 20, 2014

BOMOH DIBANTU DUA ISTERI UNTUK ROGOL SEORANG GURU

Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan bantuan dua isterinya.

Polis Gujarat berkata, suspek dikenali sebagai Bhupat.

Menurut jurucakap polis, Bhupat Serta dua isterinya - Mona dan Rama - tinggal di rumah sama di Amroli.

“Mereka kini didakwa bersubahat merogol,” katanya.



Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita yang bertemu Bhupat untuk mendapatkan bantuan mengesan bapanya yang hilang.

Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa menggunakan kuasa hikmatnya tetapi dengan syarat, guru terbabit mesti mengikut setiap arahan diberi.

Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama empat hari.

“Isteri Bhupat turut bersubahat dalam kes berkenaan.

“Mereka kemudian mengugut untuk membunuh mangsa jika kejadian berkenaan dibocorkan kepada polis,” katanya, semalam.

Pihak berkuasa kemudian menangkap ketiga-tiga suspek selepas mangsa pergi menjalani pemeriksaan perubatan di hospital berdekatan.

Di samping itu, polis yakin dapat menyabitkan kesalahan tertuduh kerana sudah memperoleh bukti kukuh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.