`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 24, 2014

Zahid Hamidi dan Orang Melayu nya



Zahid Hamidi buat hal lagi.

Zahid Hamidi buat hal lagi. Melayu mesti mempertahankan  kepentingan Melayu. Ini menteri cakap macam menteri yang tidak ada pembudayaan oleh pendidikan sedangkan dia ada digri kedoktoran. Tak ada kehalusan lansung, tapi cakap uncouth. Menteri Malaysia bercakap mengenai perpaduan bangsa sendiri- bukan perpaduan rakyat Malaysia.

Bila takda modal nak jawab- cari kambing hitam.

Inilah akibat bila tidak lagi boleh mempertahankan dasar yang dilaksanakan, bila rasuah terlalu besar, bila urustadbir incompetent- jalan keluar ialah membangsakan segala masaalah. Ini masa nya untuk jadi rasis. Sedangkan salama ini yang berkuasa, yang melaksanakan dasar ialah kerajaan pemimpin UMNO. Apa kesan kepimpian dan dasar UMNO jika Melayu terus merosot?  Ini soalan yang harus orang Melayu Tanya dan pengundi Pengkalan Kubur kena jawab.

Parti perintah Malaysia atau JKKK kehormat?

Kita mesti sedar- UMNO ini bukan parti untuk perintah Malaysia. UMNO ini parti yang hanya layak perintah sebuah kampong yang semua nya Melayu. Dan jika semua nya Melayu pun, korapsi, salah guna kuasa, buli dan tekan akan berlaku. Jika semua nya Melayu- siapa yang kita salahkan?

Bukanya kaum yang menyebabkan rakyat susah- pemerintahan dan kerajaan.

Jalan keluar rakyat Malaysia ialah membenamkan semua parti yang melihat masaalah dari sudut bangsa mereka. Tidak kira parti termasuklah parti DAP juga. Segala bentuk perkauman tanpa kira dilakukan oleh sesiapa, Melayu, Cina, India mesti kita tentang.

Jangan kita tertipu dengan dakyah pemimpin UMNO- bila sesak salahkan bangsa lain. Jika semua orang melihat masaalah kaum mereka disebabkan oleh bangsa lain- mana mungkin ada perpaduan dalam negara kita?

Hak individu anugerah Tuhan- tidak ada siapa boleh rampas.

Jalan keluar ialah- walaupun susah sedikit ialah melihat diri kita sebagai seorang individu( bukan bangsa) yang mempunyai hak mutlak yang dianugerahkan oleh Tuhan yang tidak boleh diambil oleh mana2 pihak. Hak itu memberi kita kuasa mutlak menentukan jenis kerajaan yang kita kehendaki , dan jenis kepimpinan yang kita kehendaki yang memberi kita ruang untuk bertanggungjawab atas kebajikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Kerajaan hanya wadah untuk kita mencapai matlamat kolektif yang tidak mungkin tercapai kalau kita buat sendirian. Kerajaan bukan sesuatu diatas kepala kita yang menindas, membuli dan gila kuasa mahu kita puja dan sembah mereka.

Zahid suruh Melayu bersatu hendak relakan kemungkaran.

Ini yang Zahid hamidi hendak orang Melayu terus buat. Menghamba abdikan diri kepada segelintir pemimpin UMNO yang akan merompak negara ini atas nama bangsa, agama dan tanah air.  Ingat- duit rakyat dalam tangan UMNO tidak akan selamat. Duit orang hendak pergi haji pun hamper lenyap kerana lembaga pengarah Tabung Haji dah lulus guna RM640 juta beli hartanah di Detroit Amerika. Pencarum Tabung Haji nak sebut Detroit pun tak tahu.

Ingatkan saya mendakawa kesemua eksekutif kanan Tabung Haji nanti ya. Melayu semua itu.

Kepentingan apa yang Zahid suruh kita pertahankan?

Berbanding dengan orang Cina dan India, orang melayu paling miskin. Kalau kita guna perangkaan yang kerajaan gunakan dan anggap nya sebagai betul- orang Cina pendapatan bualan RM6400, India RM5200 dan Melayu? RM4400.  Ini pun kita tahu angka yang tidak betul.

Muhyidin kata nelayan di Pangkalan Kubur dapat hasil TM500-600 sebulan- ok lah tu.  Pemimpin UMNO penipu belaka.

2.2 % orang Melayu di Kelantan hidup dengan pendapatan dibawah garis pendapatan kemiskinan. Berapa nilai garis tersebut kerajaan tak tahu. Jika diletak rendah, maka sedikit sahaja mereka yang papa kedana. Jika garis pendapatan nya RM3000 sebulan bagaimana? Hampir 50% rakyat Malaysia miskin dan 90% darinya Melayu.

Kepentngan Melayu mana yang Zahid suruh kita pertahankan? Janganlah tenggelam dengan rasa diri nya sangat penting dan berkuasa, Zahid ingat dia booleh cakap sesuka hati dan mahu kelentong orang Melayu.

Kepentingan siapa? Melayu elit dan istimewa yakni yang 20% teratas pendapatan purata bulanan nya ialah RM11,000 sebulan. Yang paling miskin yakni 40% terbawah berpendapatan RM1700. Itu angka purata. Sebab angka itu naik kerana ada 5%yang terkaya.

Zahid suruh kita mempertahankan semua ini.

Rakyat sudah tahu bahawa mereka berada dalam keadaan demikian ialah pemimpin UMNO semua nya sapu duit. kerja mereka, dalam keadaan mereka mungkin kalah dalam PRU14, ialah merompak sekencang kencang nya.  Sukalah kita beritahu puak UMNO yang duduk dalam majlis daerah bahawa kamu semua memerintah diatas 48% undi popular iaitu kurang dari undi popular 51% yang diperolehi oleh PR. Sokongan moral kamu tidak ada jadi slow2 sikit cakap itu dan jangan buli rakyat.

Jadi apa kepentingan melayu yang Zahid suruh kita pertahankan sehingga tetesan darah yang terakhr?

Kepentiingan melayu mana yang diancam? Raja Melayu? Raja mutlak sudah tidak ujud lagi. Rakyat bangkit jika raja Melayu yang berpelembagaan cuba melanggar kedudukan yang dibenarkan oleh perlembagaan. Melayu bukan bodoh lagi.

Di Negeri Johor yang bangkit menentang pembangunan persisiran pantai ialah Melayu. Melayu bangkit jika kepentingan mereka diremehkan. Pemerintah dan raja tidak ada kuasa mutlak. Apabila kepentingan rakyat diancam, mereka akan bangkit. Bukan durhaka tapi  mempertahankan kepentingan mereka.

Durhaka pun bukan satu jinayah.

Saya hendak beritahu orang Melayu- berhentilah kita dibodohkan oleh orang UMNO. Pemimpin melayu kita melawat ke Vietnam baru2 ini diiringi oleh saudagar cina 40 orang. Dalam negeri cakap berdegar degar mempertahankan kepentingan Melayu. Sebab itu kita ada pemimpin Melayu- nilai jam tangan sahaja dikatakan RM1.5 juta. Pemimpin UMNO berniaga semua dengan cina. Raja melayu pun berniaga dengan cina. Tapi mereka suruh kita rakyat baisa berkelahi dengan cina.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.