`
10 APRIL 2024
Tuesday, September 23, 2014
YAB AZMIN ALI KINI SAH BERGELAR DATO' MENTERI BESAR SELANGOR KE-15
Adun Bukit Antarabangsa merangkap Timbalan Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali, 50, sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 setelah Istiadat Angkat Sumpah di Balairong Seri Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.42 pagi tadi.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan istiadat lantikan Menteri Besar Selangor.
Mohamed Azmin tiba di istana bersama isterinya, Shamsidar Taharin pada jam 8.30 pagi bagi menjalankan raptai penuh sebelum majlis angkat sumpah.
Lantikan Mohamed Azmin, merungkai kemelut politik berpanjangan di Selangor selepas PKR menyingkirkan keahlian bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mohamed Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek telah menghadap Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu.
Selain Mohamed Azmin, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.