`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 24, 2014

TUN MAHATHIR RAMAL JOHOR AKAN JADI SINGAPURA KEDUA

Berikutan harga rumah yang begitu tinggi di Johor khususnya Johor Bharu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa negeri berkenaan tak mustahil untuk menjadi seperti Singapura pada masa akan datang. Menerusi blognya, Tun Mahathir menyifatkan kebanjiran pendatang asing di Johor serta kenaikan harga keperluan asas akan menyebabkan penduduk asal di tempat Johor ini akan hilang suara dan hak mereka. 
Dr Mahathir berkata, beliau khuatir bakal berlaku insiden seperti Singapura apabila kebanjiran rakyat asing melebihi penduduk tempatan sehingga rakyat asal hilang suara mereka. "Soalan yang timbul ialah siapa yang akan tinggal dan bekerja dalam puluhan pencakar langit ini. Dari manakah mereka akan datang? Dari Johor Bahru? Dari Malaysia?" soal Dr Mahathir dalam tulisan di blognya, chedet.cc.
Beliau turut berkata, kepesatan di Johor Bharu ini bakal menjadi seperti Singapura jika ianya tidak dikawal. Tun Mahathir juga menyindir sikap sesetengah pemimpin kerajaan yang lebih utamakan pembangunan serta transformasi sehingga menyebabkan tanah air serta rakyat sendiri tergadai. "Apakah mungkin bandar indah dan mewah yang sedang didirikan tidak akan jadi satu lagi Singapura? "Dalam sistem Malaysia, sesiapa yang tinggal di negara ini selama 10 tahun daripada 12 tahun yang lepas berhak mendapat kerakyatan.
"Dan kita tidak pandai menolak permintaan orang. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku sekarang," katanya.
Menurut Dr Mahathir lagi, sebagai seorang yang pernah mentadbir negara, beliau mengalu-alukan Malaysia untuk berkembang menjadi sebuah negara yang maju tetapi pemimpin-pemimpin haruslah bijak serta berhati-hati dalam menguruskan pembangunan negara supaya ianya tidak membebankan rakyat serta tidak menyusahkan rakyat di kemudian hari.
"Saya mengalu-alukan transformasi di Johor Bahru seperti saya alu-alukan transformasi di lain-lain tempat.
"Yang penting ialah Malaysia menjadi negara maju walaupun 'ayam di kepok mati kelaparan dan itik di air mati kehausan'," ujarnya sambil memetik peribahasa yang bermaksud menjadi miskin di negara yang makmur. -UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.