`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 17, 2014

TERHANGAT! MESYUARAT PEMUDA PAS KECOH & PENGERUSI TETAP TERPAKSA DIBAWA KE HOSPITAL [ VIDEO ]



Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS Kamal Ashaari dibawa ke hospital kerana sesak nafas semasa Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, malam ini yang bertukar kecoh ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.

Muktamar Pemuda PAS kecoh kerana pemilihan dikatakan tidak sah

.Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lalu tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian

Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.

Kekecohan itu timbul ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.

Perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam membangkitkan persoalan itu dan berkata perkara itu sangat serius memandangkan PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana laporan yang tidak lengkap.

"Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan Pemuda PAS dari Sabak Bernam ketika bangun menyokong kenyataan perwakilan Shah Alam itu.

Perwakilan pemuda PAS Shah Alam bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui The Malaysian Insider.

"Tiada komen, kita sedang bermesyuarat," katanya yang enggan mendedahkan identitinya.

Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi.

"Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama.

"Saya mohon beri mandat kepada saya untuk bawa ke peringkat atasan untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan malam ini, mereka yang ada autoriti buat keputusan," katanya.

Dalam keadaan menangis, Kamal berkata beliau memberi jaminan kepada pucuk pimpinan PAS malam ini bagi menyelesaikan isu itu.

"Saya akan bawa malam ini kepada kepimpinan atasan, tidak tunggu esok, lusa. Kita tidak ada autoriti.

"Kalau diputuskan kita perlu untuk mengadakan pemilihan semula, kita akan adakan muktamar khas untuk mengadakan pemilihan semula," katanya.

Kamal kemudiannya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas kekecohan itu diselesaikan sebaik sahaja perwakilan bersetuju meneruskan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan ketika ditemui sejurus tamat muktamar Pemuda PAS sesi malam ini berkata, perkara itu adalah lumrah dan muktamar sememangnya medan untuk perwakilan meluahkan pandangan mereka.

"Pada saya ia normal, mereka beri pandangan masing-masing cuma emosi sikit, biasalah orang muda.

"Saya tetap dengan pandangan untuk beri ruang dan peluang, kalau tidak mereka akan gunakan ruang lain yang ada," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui menerima surat layang berhubung perkara itu beberapa bulan lepas, namun surat berkenaan tidak diendahkannya.

"Saya ada nampak dalam surat layang, yang mengatakan perkara ini berlaku, dalam beberapa bulan lepas.

"Disebabkan itu surat layang kita tidak ambil apa-apa tindakan," katanya.

Beliau berkata, kepimpinan Pemuda PAS yang diketuainya hari ini adalah legasi yang diterima daripada kepimpinan sebelum pemilihan tahun lepas, dan tidak merasakan serangan itu ditujukan kepadanya.

"Saya tidak tahu, serangan itu kepada jawatankuasa pemilihan lepas, bukan saya," katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.