`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 8, 2014

Soal Jawab Krisis MB Selangor.


Penatnya gadoh isu neh. Ya Allah tolong la noktahkan ia di satu titik penyelesaian yang menangkan semua pihak memandangkan tiada mana2 pihak sudi nak mengalah dan berdamai. Jauh sekali ada mana2 pihak yang nak berfikir dari posisi rakyat. Semua nak melihat isu neh dari permasalahan partisan dan bagaimana partisan harus mendapat manfaat ketika isu neh berjaya diselesaikan.

Aku tahu.

PAS ulama mesti nak menang.
PAS endorgan mesti nak menang.
PKR mesti nak menang.
DAP mesti nak menang.
Sultan mesti nak menang.
UMNO mesti nak menang.
Semua pihak nampaknya hanya mencari kemenangan di saat rakyat perhati aje perangai masing2.

Macam mana nak bagi kemenangan pada semua tanpa menjejaskan rakyat? Jawapannya tiada.

Kemenangan kepada partisan bererti kekalahan pada rakyat sebab partisan hanya mencari keuntungan. Partisan tidak mementingkan hak dan kebajikan rakyat. Ko boleh puji lambung partisan itu ini itu ini tapi ianya tak mengubah realiti yang kita hadapi sekarang.

Tapi macam mana nak bagi kemenangan kepada semua sekaligus kita tamatkan krisis Selangor? Ada caranya.

Cara2nya ialah ;

1. Pemimpin2 PAS, PKR dan DAP perlu berhenti bergaduh di media. Sakit macam mana sekalipun, berhentila serang sesama sendiri depan media. Berhenti tunjuk sikap ego, samseng, pailang korang di hadapan media dan di mana2 forum terbuka sekalipun.

2. Apa yang pemimpin2 PAS, PKR dan DAP perlu buat ialah atur pertemuan sesama sendiri bagi mendapatkan solusi terbaik untuk menyelesaikan kemelut dalaman ini. Harus diingat. Kemelut dalaman PR telah secara langsung menyentuh hak rakyat apabila korang melibatkan rakyat dalam krisis dalaman parti korang. Rakyat tak undi PR untuk rakyat menyelesaikan masalah PR. Rakyat undi korang untuk korang selesaikan masalah rakyat. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rakyat terheret sekali untuk memperkatakan, mempersoalkan dan sekaligus berhujah tentang apa yang berlaku di Selangor. Kita orang tak la seronok sangat nak citer isu berkenaan. Tapi tindakan2 dari PR seperti memaksa rakyat bercakap tentangnya.

3. Bercakap soal perlembagaan. Aku tahu sangat sultan di Selangor tak memainkan peranan untuk membantu rakyat. Tapi kita hidup di garis undang2. Dalam pada aku melawan monarki akibat kegagalan mereka membela nasib rakyat yang tertindas, perlu juga aku akur undang2 sedia ada membenarkan tindakan sultan untuk mohon lebih dari 2 nama. Buatla pengasingan tajuk kat situ. Jangan campuradukan dia. Bila ko campur adukan dia macam mana nak selesaikan satu persatu masalah? Buat tambah serabut boleh la.

Yang sebetulnya begini. Orang yang huha2 dok kritik raja dalam soal partisan adalah dia kritik raja dalam soal partisan sahaja. Dia tak la pelawan monarki. Pun. Sebab dalam keadaan yang berlawanan, ketika wakil2 rakyat PR diminta untuk tidak angkat sumpah di hadapan parlimen suatu ketika dulu, pengikut2 partisan memilih untuk follow pendirian pemimpin2 mereka iaitu untuk tidak derhaka kepada agong. Maksudnya apa?

Tidak derhaka kepada monarki = jika penderhakaan itu menyebabkan manfaat, kepentingan dan hak mereka terjejas sebagai wakil rakyat dan pemimpin. 

Derhaka kepada monarki = jika kesetiaan itu akan menyebabkan manfaat, kepentingan dan hak mereka terjejas sebagai wakil rakyat dan pemimpin.

Dalam erti kata lain, mereka taat setia ataupun derhaka bergantung kepada kepentingan. Jika derhaka akan membuatkan mereka mendapat kepentingan, maka mereka derhaka. Dan begitulah sebaliknya. Ini permainan ahli2 politik yang rakyat biasa non partisan macam kita perlu faham.

4. Oke. Berbalik kepada perlembagaan. Yang mana ianya bercanggahan antara satu sama lain. Ada fasal yang membenarkan DUN memilih MB dari kalangan yang mendapat sokongan majoriti. Juga ada fasal yang membenarkan sultan layak meminta lebih dari 2 nama. Maka kesemuanya betul. PKR dan DAP hanya meletakkan DSWA sebagai calon juga adalah betul. Sultan minta lebih dari dua nama pun adalah betul. Sultan bergaduh dengan PKR dan DAP. 

5. Bercakap tentang PAS. PAS hantar lebih dari 2 nama juga adalah betul. Sejajar dengan permintaan sultan. Tapi adakah PAS hantar sebagai PR ataupun hanya sebagai PAS solely? 

Bacaan aku begini ;

- Jika PAS hantar nama2 calon MB kepada sultan hanya mewakili PAS semata2 maka PAS perlu pastikan mereka sudah melalui proses perbincangan, rundingan, undian, perbahasan, soal jawab di peringkat pusat. Ia perlu melibatkan semua pihak. Ianya tidak betul jika nama2 calon dihantar hanya berlandaskan keputusan satu atau dua orang. Katakanla. Kebetulannya. AJK2 PAS pusat majoritinya adalah mesra kepada PKR. Maka, ia adalah ahli2 PAS sendiri untuk mengundi siapa yang patut berada di dalam AJK itu di pemilihan akan datang. Buatla ikut garis perlembagaan parti. Jika PAS mahu akur pada perlembagaan negeri (dengan mengikut saranan sultan hantar lebih dari dua nama) maka presiden PAS juga perlu akur pada perlembagaan parti. Macam pelik kan. Perlembagaan parti kita langgar, perlembagaan negeri beria2 pula kita follow. Itu tidak konsisten maksudnya.

- Jika PAS hantar nama2 calon MB kepada sultan mewakili PR pula, maka PAS perlu memastikan mereka sudah melalui proses perbincangan, perbahasan, soal jawab dan sebagainya di peringkat majlis pakatan rakyat. Katakanla. PKR dan DAP hanya mahukan DSWA. Dan PAS tidak mahu. Perkara tue perlu berada dalam pengetahuan PKR dan DAP. Pastikan mereka benar2 faham macam tue. PAS perlu pastikan mereka tunjukkan pendirian yang sama dalam dan luar mesyuarat. Jangan, di dalam mesyuarat kami putuskan untuk mengangkat DSWA. Tapi di luar mesyuarat jadi lain. Jangan. Berbanding dengan apa yang PAS lakukan sekarang. 

1.1 Kejap sokong DSWA. Dan angkat Azmin sama. Hasil keputusan AJK PAS PUSAT.
2.1 Kemudian tiba2 tak sokong DSWA pula dah.
3.1 Kemudian tiba2 flip flop dan kenyataan sesama pimpinan PAS berbeza antara satu sama lain. Mat Sabu cakap lain. TGHH cakap lain. TGNA pun berpendapat lain. TG Harun Din sebut lain. Nanti geng2 endorgan buat kenyataan lain. Lepas tue geng2 ulama sahut lain.

Kan tak elok macam tue. Apa kata, korang sesama sendiri belajar untuk bertenang dan jangan keruhkan keadaan. Semua diam dan jangan bercakap depan media. Bawa2 la berbincang dalam mesyuarat dan berlaga la kaw2 dalam bilik mesyuarat. 

Apa faedahnya jika semua tahu tentang masalah dalaman PAS merujuk kepada ahli2 partisan? 

Bagi non partisan macam aku, huru hara dalam PR memang memberikan faedah pada aku sebab aku pelawan partisan. Aku tak percaya pemimpin. Aku lagi haram nak percaya wakil rakyat. Tindakan mereka memberikan manfaat pada aku untuk aku menghasut rakyat beginila sikap2 pemimpin kalau korang nak tahu. Samada yang bawa label islamist ka, sosialis ka demokratik ka keadilan ka apa ka dorang semuanya HAPRAK dengan cara dan gaya yang tersendiri. Tapi still, walaupun aku syok dapat tunjukkan kepada masyarakat tentang wajah sebenar pemimpin2 partisan, ianya masih tak membantu menyelesaikan krisis di Selangor. Syok tue citer lain, masalah tetap masalah dan masalah tuntut kepada penyelesaian.

Suka tak suka, rakyat perlu pastikan pemimpin2 PR digesa secepat mungkin untuk selesaikan masalah di Selangor sekaligus kembali kepada matlamat asal mereka iaitu berperanan menyelesaikan masalah2 rakyat yang berbangkit di Selangor.

6. Tapi macam mana nak selesai? PKR dan DAP tetap bertegas satu nama. Sultan pula dah keluarkan kenyataan bahawa sultan merasa murka dengan tindakan DAP dan PKR yang hanya hantar satu nama dan sultan berhak pilih nama2 lain dari PR yang dirasakan mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

7. Siapa nama2 lain ini? Sudah tentula nama2 yang PAS hantar. Siapa nama2 yang PAS hantar? PAS ataupun lebih tepat PRESIDEN PAS telah menghantar 6 nama dengan dua surat yang berasingan. Surat pertama menamakan ketiga2 exco lelaki PAS dalam kerajaan negeri sebagai calon MB yang baru manakala surat kedua menamakan 2 calon dari PKR dan satu calon dari PAS. Nama2 yang PAS hantar tidak mengandungi nama Azmin Ali dan DSWA.

8. Yang bersama PAS ialah 13 ahli dewan undangan negeri. Yang biasa pongpang2 kutuk PAS walaupun wakil2 rakyat PAS adalah mereka yang berjawatan MP. Wakil2 rakyat PAS, PKR dan DAP kalau bab kutuk orang no 1. Buat kerja tah hapa2. Hanya sedikit dari mereka yang perform tapi ramai di kalangan mereka haprak nak mampos. Mark my word. Aku direct aje sebut neh.

9. Jikalau sultan memilih satu dari 5 senarai nama (Iskandar ada pada kedua2 surat yang dihantar oleh presiden PAS kepada sultan) yang dicalonkan PAS, maka apa akan jadi di Selangor? UMNO pasti, pasti, pasti, pasti akan sokong calon MB dari PAS.

10. UMNO sokong calon MB dari PAS bukan kerana calon MB itu akan buat kerja. Tapi disebabkan nak melaga2kan PAS dengan PR. Jika PR berpecah, ia kemenangan buat BN.

11. Jika itu yang berlaku di Selangor, maka hampir pastila masalah dalaman bukan sahaja tak berjaya diselesaikan bahkan bertambah parah, rumit dan mengelirukan. Sesama sendiri akan menyalahkan pihak2 lain. Ini bacaan aku ;

- Geng2 UG akan menyalahkan PKR, DAP dan geng2 endorgan sebab menyingkirkan TSKI sedangkan TSKI tiada masalah. Dia cuma enggan berunding dengan parti dalam hal2 membabitkan pentadbiran negeri.

- Geng2 PKR dan DAP pula akan menyalahkan PAS sebab bersatu dengan UMNO di Selangor sekaligus meruntuhkan kerajaan pentadbiran PR di Selangor.

- Penyokong2 PKR, DAP dan PAS akan saling bergaduh, berpecah belah, tuduh menuduh, fitnah sesama sendiri, maki hamun, berlawan, bergaduh, berperang, putus kawan, emosi, putus sahabat dan perang saudara akan tercetus. Silap2 kalau ada C4 mao masing2 bunuh masing2. Mohon mama Rosmah simpan c4 elok2 sebelum dapat kat geng2 PR.

- UMNO dan BN? Tepuk tangan.

BRAVO. BRAVO. BRAVO my dear Anwar Ibrahim. Keputusan yang tepat dalam Kajangmovie memungkinkan ikatan PR musnah selepas 10 tahun bersama?  

12. Maka, untuk mengelakkan perkara itu dari berlaku, aku rasa PKR, DAP dan PAS patut dah boleh tutup semua perselisihan dalaman di hadapan media dan bersedia la bersemuka sesama sendiri untuk mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan kemelut di Selangor.

13. Kalau dah sultan taknak Wan Azizah dan Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan PKR perlu paksa diri terima keputusan berkenaan. Aku tatau secara pasti apa rancangan PKR dengan mencalonkan DSWA sebagai MB di Selangor. Sampai sekarang aku tercari2 jawapan yang pasti. Kalau nak kan hujah2 spekulasi memang banyak perkara yang bermain2 di fikiran aku. Tapi secara pastinya kenapa hanya DSWA, aku tatau. 

14. Jika ada yang mengatakan dulu DSWA pernah menjadi ketua pembangkang, kenapa ketika itu PAS bersetuju dan sebagai MB PAS tak bersetuju, ini ada jawapan mudah untuk korang. Bukan nak menangkan PAS tapi jawapan ini akan mengutuk PR secara kolektif. Jawapannya adalah kerana sebagai ketua pembangkang, DSWA kau neh tak pegang GLC dan kerajaan negeri. Tak membuat keputusan2 penting berkaitan pentadbiran dan duit keluar masuk, pelaburan dan sebagainya. Dan dia sebagai ketua pembangkang pun aku tak la tahu sejauh mana bagusnya dia membuat kerja. Aku rasa masa tue aku budak2 remaja yang layan dunia lagi bagus daripada layan citer2 politik kot. So aku tak nilai dia sebagai ketua pembangkang (which is aku baru tahu rupa2nya dia pernah jadi ketua pembangkang). Jika DSWA dilantik sebagai MB, sudah tentu la keputusan2 penting berkaitan pentadbiran negeri berada di bawah penguasaan Anwar Ibrahim. GLC dan sebagainya semua dorang pegang. Takan PAS buta2 nak setuju. Nanti PAS terpaksa berkompromi dengan Anwar. Sikit2 nak ikut pendapat Anwar. Sikit2 nak ikut keputusan PKR. Meroyan la PAS kau nak setuju. PAS terpaksa berkompromi kerana mereka mahukan KUASA. PKR dan DAP pun gilakan kuasa. Ini ialah perebutan kuasa. Ini bukan perebutan sapa yang layak buat kerja untuk bantu rakyat. Sebab tue aku rasa meluat nak sokong mana2 pihak. Ketiga2 parti neh berada di zaman gila kuasa. Tengok je la permainan mereka macam mana.

15. Tapi kalau PKR dan DAP taknak kompromi juga? PAS degil juga? Sultan bertegas juga? Maka ;

- Kerajaan UG dibentuk di Selangor. - Jika ini berlaku, as rakyat aku akan terus lawan isu2 rakyat. Takde masa aku nak p protes lawan sebab kerajaan PR hancur. Lantak korang la nak bergaduh rebut kuasa, penat nak fikir. GST on the way kot. Masalah duit duit duit.

- Bubar DUN. - Yang neh semua masing2 kena redha. Sapa menang sapa kalah sapa MB atau sapa2 pun terima je dan as rakyat macam biasa, aku akan terus lawan isu2 rakyat. Baik PR mahupun BN yang pegang, rakyat sentiasa mempunyai masalah. Nampaknya rakyat perlu lantik orang2 yang buat kerja as wakil. Bukan dok pilih ikut parti. Inila kebodohan rakyat yang buta2 kena kencing dengan geng2 partisan. Padan la muka korang.

Ini je la option yang ada.

16. Bagi aku, sikap penyokong2 dan ahli2 parti juga tak membantu menyelesaikan masalah. Dorang tambah serabut. Banyak mulut yang bercakap, banyak jari yang menaip. Btw, aku bukan partisan untuk aku terikat dengan korang punya peraturan ye. Aku akan cakap apa saja yang aku suka. Penyokong2 anti UG neh pun pandai juga auta dan menyelitkan fitnah2 pada orang untuk mewajarkan penentangan dorang kepada PAS sama macam geng2 UG neh pun pandai juga menyerapkan elemen2 fitnah bagi mewajarkan tindakan mereka. Kedua2 pihak yang berlawanan neh menggunakan elemen2 fitnah untuk membenarkan tindakan masing2 which aku rasa memang BODOH la kan kalau nak ikut salah satu side.

17. Satu lagi kebodohan yang aku nampak bila penyokong2 PKR dan DAP kemain sembang kencang suruh PAS keluar dari PR. Hak ala. Lue sapa? Kalau lue nak PAS keluar dari PR, lue buat la surat rasmi ma. Lue sembang kencang kat facebook pasal apa? Provoke saja pandai. Gunakan saluran rasmi untuk memastikan PAS keluar dari PR kalau rasa tindakan2 PAS menguntungkan lawan (realitnya ialah tindakan2 PAS, PKR dan DAP menguntungkan BN dengan cara yang tersendiri, rakyat tertindas tak untung2 apa, hanya untung dapat maki dan gaduh saja buat lepas geram). Buat surat, buat memo, hantar ikut saluran rasmi parti. Yang PKR guna PKR. Yang DAP guna DAP. Yang PAS pun sama. Guna PAS. Hah, aku nak tengok berapa banyak ahli2 parti hantar surat rasmi untuk pastikan PAS keluar dari PR. Ke, sembang kencang je? Kalau setakat sembang, meh la join aku. PAKAR SEMBANG KENCANG. Dan aku sesungguhnya gembira dengan menjadi diri aku. 

KAH KAH KAH

18. Ini pun kebodohan juga neh. Jika sungguh2la PKR dan DAP rasa terjejas dengan tindakan PAS, dari awal2 lagi dorang akan tendang PAS keluar. Sebab apa dorang tak buat macam tue? Sebab dorang sedang menimbangkan baik buruk keputusan yang bakal diambil. PKR dan DAP merasakan, jika dorang dapat hijack kepimpinan PAS lagi bagus daripada tendang PAS keluar dari PR. Dorang akan berperanan menaikkan pemimpin2 yang boleh berkompromi dengan PKR dan DAP dalam pemilihan PAS kelak. Maka, ini satu kerja pula pada PAS untuk membersihkan geng2 yang ahli PAS tapi jiwa PKR dan DAP. Kenapa aku sebut kebodohan? Sebab pemimpin2 kau neh daripada sakit otak dok fikir macam mana kita boleh bantu rakyat yang tertindas, selamatkan mereka daripada kezaliman, ketidakadilan, dorang lebih sanggup pecah kepala, rangka strategi untuk memastikan mereka dapat menguasai sesuatu bagi membolehkan mereka berkuasa. Ini pemimpin2 korang tau, pemimpin2 korang.

Jap. AKu lupa nak tambah satu point tadi. Kalau nak diikutkan dalam PAS ada geng2 UG dan geng2 Anwar. Maka seterusnya ahli2 PAS kena la cari solusi macam mana nak selamatkan parti mereka dari diterajui oleh geng2 UG dan geng2 Anwar. Kedua2 geng2 neh sebenarnya membuatkan matlamat asal PAS lari jauh tersasar dari landasan perjuangan yang sebenar. Lue fikirlah sendiri ahli2 PAS oi. 

Seterusnya perlawanan antara partisan ini takan pernah tamat disebabkan matlamat mencapai kuasa itu lagi penting daripada matlamat menyelamatkan rakyat yang tertindas.

Sebenarnya, aku dah lama fikir satu solusi bagaimana negara ini boleh hidup dan ditadbir dengan baik walaupun parti2 politik tak wujud. Aku ada pemikiran dan ada idea. Ia juga berdasarkan prinsip demokrasi. Yang lebih adil dan tersusun. Semua jenis jawatan penting termasukla PM dan TPM sekalipun menteri2 dipilih berdasarkan sistem pengundian. Aku pernah tulis secara kasar. Tapi tak lagi rajin nak menulis secara tersusun. Nanti kalau rajin aku akan bentang untuk perbahasan. Sepertimana kita pernah belajar dari sejarah dulu, tak semuanya pentadbiran di zaman dulu berlandaskan sistem partisan. Tapi percaya cakap aku, orang2 partisan dan perlembagaan negara ini tidak akan memungkinkan idea ini berjalan di Malaysia. Sebab apa? Negara tanpa parti bermaksud kita baru aje memberikan petunjuk bahawa dunia neh juga boleh beroperasi dengan baik tanpa peranan parti politik. Pemimpin2 cukup risau jika kita ada pemikiran baru yang sekaligus melenyapkan peranan dan kepentingan mereka. Jaga2 la kau. 

HAHAHAH.. 

Update. Tambah satu lagi point. Kesimpulan yang boleh kita belajar. Lesson learned from Kajang Movie.

 

1. Pecahkan PAS
2. Pecahkan PKR
3. Pecahkan PKR-PAS
4. Pecahkan PAS-DAP
5. Pecahkan PR

Tahniah. Kajang movie berjaya sekali. Owh yeayyyyy..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.