`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 19, 2014

SITI ZAILAH YANG "COOL"


Walaupun muktamar Pemuda PAS berantakan, sehingga pengerusi tetap breakdown dan akhirnya masuk hospital kerana sesak nafas, muktamar Muslimat berjalan dengan aman. 

Tahniah Siti Zailah.

Itulah dia kepimpinan wanita.

Jangan ingat Yong mengampu! Ini hakikat.

Takde gaduh, jerit, pekik, melolong sampai pengerusi teghoyak macam dalam video ini:

 
Biasalah ada yang nak keluar buang air kecik dan besor atau solat. Tapi takde yang berbondong-bondong keluar masa ketua sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Muslimat tahu buat kerojer secara beradab.

Kabornya Siti Zailah ini sangat tawaddu' dan istiqomah orangnya. Yong jumpa gambar lama ini di Internet:

SITI ZAILAH YANG WASATIYAH

Siti Zailah sangat sibuk kesana-sini naik pengangkutan awam sahaja. Dia tak perlu naik vellfire atau BMW 7 series. Sampai juga ke destinasi dan dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Yong cadangkan jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya, Siti Zailah dilantik jadi Menteri Pendidikan atau Menteri Pelajaran (ikut suka apa nama yang nak diberi).

Yong percaya, takkan ada soalan bocor!

Nak jadi menteri tak perlu ada PhD. Lebih-lebih lagi kalau PhD tu jenis "Fly-by-night."

Faham-faham le siapa yang dapat PhD cara begitu. Sah hari-hari merapu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.