`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, September 21, 2014

Rosmah akan terima anugerah Hero STEM di New York

Anugerah itu satu bentuk penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
51384868140_295x200NEW YORK : Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor akan di anugerahkan dengan gelar ‘HERO STEM’ dari Academy Science New York pada 22 September ini.
Rosmah yang tiba di New York malam tadi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan di beri gelar tersebut di satu acara pelancaran antarabangsa Global STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) Alliance.
Rosmah di anugerahkan gelar itu kerana penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Pada acara yang sama, Najib juga mendapat penghargaan dengan menjadi penceramah utama.
Najib tiba di New York semalam dalam rangkaian lawatan kerja yang bermula dengan acara di Academy Science New York pada 22 September dan berakhir dengan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada 26 September di mana Najib di jadualkan untuk menyampaikan ucapan.
Perdana Menteri dan isteri dijangka kembali ke tanahair pada 28 September.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.