`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 28, 2014

Rakyat Marah Dengan Projek Mewah Kerajaan



Keadilan Johor mendesak kerajaan negeri mendedahkan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (DEAI) dan menjelaskan kepada rakyat Johor mengapa projek itu diluluskan.

Keadilan Johor mendesak kerajaan negeri dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yang mempunyai pegangan projek Forest City melalui anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) mengambil sikap bertanggungjawab dan memberi jaminan setiap keluarga yang terkesan daripada projek itu diberi pembelaan sewajarnya.

Naib Pengerusinya, Hassan Karim berkata, pihaknya mendesak kerajaan negeri mendedahkan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (DEAI) dan menjelaskan kepada rakyat Johor mengapa projek itu diluluskan.

“Keadilan akan membantu kumpulan penduduk mewujudkan sebuah kumpulan pendesak bagi memastikan kebajikan mereka terbela dan mengadakan pertemuan serta dialog dengan wakil-wakil penduduk bagi kawasan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Sebelum ini, Keadilan Johor telah menghantar beberapa orang wakil untuk turut serta dalam sesi pendengaran awam bagi projek Forest City yang diadakan pada 21 September lalu oleh pemaju Country Garden Pacificview Sdn. Bhd (CPGSB) di Kampung Pok, Tanjung Pelepas.

Dalam sesi itu, berlakunya kekecohan dimana pemaju telah dikritik hebat kira-kira 200 orang penduduk dan masyarakat setempat.

Hassan berpendapat, kejadian itu berlaku disebabkan kegagalan pemaju untuk mengadakan perbincangan bersama penduduk setempat daripada peringkat awal.

Tambahnya, kekecohan itu berlaku disebabkan pembangunan yang direncanakan dilihat menguntungkan golongan tertentu termasuk rakyat asing sedangkan masyarakat setempat terpinggir daripada kerancakan projek-projek pembangunan mewah.

“Pemaju juga dikatakan gagal memenuhi spesifikasi Jabatan Alam Sekitar, memelihara dan memulihara ekosistem yang menyebabkan kerosakan alam sekitar bersifat kekal,” jelasnya.

RAKYAT MARHAEN 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.