`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 24, 2014

Pelajar miskin tak dapat ambil ujian semester kerana tiada laptop


Baru sahaja usaha kumpul laptop terpakai untuk membantu pelajar di IPT ini dilancarkan, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang kakak yang bekerja di Kuala Lumpur. Dia sedih kerana anak dia dan anak saudara dia tiada laptop sepanjang pengajian di sebuah IPT di Kuala Lumpur.

Anak dia dapatlah pinjam-pinjam laptop kawan dia untuk siapkan assignment, manakala anak saudaranya tidak dapat meminjam dari kawan. Akibatnya anak saudaranya terpaksa melanjutkan pelajaran satu semester lagi kerana tidak dapat siapkan assignment kerana kursus yang diambil perlu banyak menggunakan komputer/laptop.

Kepada warga KL yang ingin membantu anak kakak ini yang masih meminjam komputer dan anak saudaranya yang merupakan anak yatim yang tiada laptop sila hubungi saya Rozmal 012-2267406 (SMS/Whatsapp) , nanti saya berikan nombor telefon kakak ini.

Tak perlu laptop baru, yang terpakai pun boleh.

************
Pengumpulan laptop terpakai untuk pelajar IPT kurang mampu

Saya dan kawan-kawan dalam usaha untuk mengumpul laptop terpakai atau laptop lama yang tidak digunakan lagi tapi masih dalam keadaan baik atau hanya perlu dilakukan format sahaja untuk diagihkan kepada para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pelajaran di IPT atau yang masih menuntut di IPT.

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan laptop ini sila hubungi saya, Rozmal melalui Tel/Whatsapp 012-2267406 atau Ustaz Aliff 011-18876145.

Yang menjalankan amanah,
Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.