`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, September 11, 2014

Peguam PAS akui Majlis Syura Ulama Langgar Perlembagaan Parti


[Wargamarhaen] Lajnah Undang-undang PAS bersetuju serta menyokong pendirian anggotanya bahawa Majlis Syura Ulama telah melanggar perlembagaan parti apabila melibatkan entiti itu dalam krisis pelantikan Menteri Besar Selangor. 

Ketuanya Asmuni Awi berkata penegasan Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Pusat itu adalah tepat selain berasaskan kepada fakta dan perlembagaan parti. 

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut namun mengakui turut menyertai perbincangan yang diadakan. 

"Saya cuma nak kata saya setuju keseluruhannya di situ sebab saya pun turut dalam perbincangan dan saya tak nak ulas lebih daripada itu. 

"Lepas ini apa-apa pun kenyataan akan dikeluarkan oleh LUHAM secara rasmi. 

"Yalah, LUHAM akan keluarkan kenyataan secara rasmi selepas daripada ini," katanya kepada Antarapos. 

Semalam Setiausaha LUHAM PAS Pusat Abang Ahmad Kardee Abang Masagus menegaskan Majlis Syura Ulama telah melanggar perlembagaan parti itu apabila badan itu membuat keputusan dalam krisis yang berlaku di Selangor. 

“Menurut Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS, kekuasaan parti adalah dipegang oleh Muktamar PAS. 

“Memandangkan Muktamar PAS, sebagai kuasa tertinggi, telah memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka Majlis Syura Ulama mahupun PAS mesti bertindak selari dengan ketetapan Muktamar PAS tersebut," katanya. 

Menurut beliau, PAS sebelum ini bersetuju mengadakan tahaluf atau kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan kerjasama tersebut telah disahkan oleh Muktamar PAS dan sehingga kini tidak pernah dibatalkan. 

“Isu pokok yang berbangkit dalam isu Menteri Besar Selangor ini adalah Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon menteri besar (yang kemudiannya disokong oleh Majlis Syura Ulama). 

“Sedangkan, presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor memandangkan ia adalah milik PKR," katanya dalam satu kenyataan. 

Jelas Asmuni lagi, kenyataan dikeluarkan Abang Kerdee cukup jelas dengan berlandaskan peruntukan perlembagaan PAS. 

"Yalah, benda itu dah disebut dalam itu sebab itu saya kata saya tak nak ulas lanjut sebab tak nak ada kenyataan bercanggah. 

"Tapi apa yang disebut di situ clear, perkara itu diperbincangkan dan saya pun turut di dalam perbincangan tersebut keseluruhannya," katanya. 

Ahmad Kardee turut mempertikaikan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR apabila menghantar nama daripada PAS, sedangkan Abdul Hadi sebelum ini menyatakan PAS tidak akan menuntut jawatan itu kerana ia milik PKR. 

“LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan. Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri? 

“Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri? 

“Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh Majlis Syura Ulama,” katanya lagi. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.