`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, September 27, 2014

PAS Selangor Buat Onar Lagi, Cabar Perkenan Sultan


PAS Selangor tidak setuju Azmin kurangkan kuota exco 

PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan ia bersetuju agar bilangan ahlinya yang menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikurangkan daripada 4 sebelum ini kepada 3. 

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau dimaklumkan yang PAS Pusat juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan yang diputuskan menteri besar baharu itu.

"Kami berasakan tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik. Bagaimanapun, PAS mahu melihat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat," katanya.

Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, sebelum ini, 4 exco PAS kekal di dalam kerajaan negeri walaupun yang lain dipecat oleh menteri besar terdahulu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, mereka mengambil keputusan kekal demi memastikan kerajaan PR Selangor tidak tumbang walaupun rakan dalam PR lain mempertikaikan tindakan mereka.

"Oleh demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kehilangan itu di luar jangkaan tetapi menerimanya dengan hati terbuka kerana memahami kesukaran Azmin membuat pilihan, lapor Harakahdaily.

Manakala, Dr Ahmad Yunus Hairi, seorang daripada dua exco PAS yang dilantik semula berkata pihaknya terpaksa berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Sebelum ini, 4 exco daripada PAS ialah Yunus, yang juga Adun Sijangkang, Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka), Sallehen Mukhyi (Adun Sabak) dan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang).

Bagaimanapun, di dalam exco baru diumumkan Azmin pagi tadi, Sallehen dan Dr Halimah digugurkan, digantikan dengan Adun Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.

Khairuddin berkata PAS Selangor juga berpandangan penguguran Dr Halimah dan Sallehen yang berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

Dalam sidang medianya pagi tadi, Azmin menjelaskan keputusan mengurangkan kuota exco PAS itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak dan dipersetujui pemimpin tertinggi PAS.

"Ini mengambil kira pandangan terbaru dan pandangan semua pihak, dan ia disampaikan kepada semua parti berkenaan, dan itu muafakat yang dicapai semalam," katanya.

Beliau menafikan keputusan dibuat kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar yang dikemukakan PKR dan DAP sebelum ini sehingga dianggap mengkhianati permuafakatan PR.

"Itu bukan isu. Kita mahu maju ke hadapan dan perkara itu sudah dibincangkan beberapa hari lalu," katanya.


Exco: Satu lagi pengorbanan yang PAS lakukan

KUALA LUMPUR: PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang biarpun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.

"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya kepada Harakahdaily.

Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Tegasnya, musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.

Pagi tadi, menteri besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Adun PAS terdiri daripada Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Zaidy adalah muka baru manakala exco yang tidak dikekalkan ialah Ustaz Sallehen Mukhyi (Sabak) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP. 
-HD


ULASAN GB

Nampaknya PAS Selangor buat onar lagi, tak setuju dengan peruntukan jawatan exco sedangkan PAS Pusat melalui kenyataan Setiausaha Agongnya menyatakan "PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang ".

Semua orang tahu, Khairuddin adalah seorang anak didik Hassan Ali. Kini beliau menggunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor untuk menafikan kenyataan Setiausaha Agong PAS Pusat. Saya katakan begitu kerana jika PAS Selangor tidak bersetuju sudah tentu Iskandar Samad, Dr Ahmad Hairi Yunos dan Mohd Zaidy Abd Talib tidak menerima perlantikan jawatan exco. Tetapi ketiga-tiga telah bersetuju. Mengapa tiba-tiba sekarang PAS Selangor kata tidak bersetuju?

Apakah kerana Khairuddin kecewa kerana dirinya tidak dilantik? Samalah perangai Hassan Ali dulu.

Dr. Ahmad Yunos Hairi pula menyatakan "ada hikmah" di sebalik pengurangan jawatan exco yang diperuntukkan kepada PAS.

Sikap yang ditunjukkan oleh Khairuddin itu seperti mencabar dan tidak patuh kepada perkenan Sultan. Sedangkan golongan inilah juga yang meminta supaya semua pihak perlu menghormati Sultan di dalam pemilihan MB yang baru dulu. Saya bersetuju dengan saranan seorang sahabat, Khairuddin boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Sultan. Amacam?

Kerana jawatan, kini golongan UG di Selangor berantakan. Mereka berantakan sesama sendiri. Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Mendedahkan wajah-wajah sebenar siapa mereka di dalam PAS yang Pesuruhjayanya dilantik oleh Tn Presiden PAS sendiri mengenepikan Dr.Abd Rani Osman dulu. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.