`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 24, 2014

Old Town White Coffee minta maaf, tarik balik iklan diskriminasi

Selepas dikecam kerana mengeluarkan iklan yang bersifat diskriminasi terhadap kaum India, restoran Old Town White Coffee memohon maaf dan menarik balik iklan jawatan kosong tersebut.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan di laman Facebooknya malam tadi, pengurusan atasan syarikat itu mendakwa ia tidak mengetahui tentang kandungan notis jawatan kosong  yang dibuat untuk restoran baru mereka di Austin Heights, Johor Baru.
"Bagi pihak francaisi, pengurusan Old Town White Coffee dengan ikhlas memohon maaf atas kandungan Notis Perekrutan yang tidak boleh diterima dan menyinggung perasaan itu.
Gambar iklan kerja itu dikongsi melalui laman sosial Twitter pada 20 September 20, mengatakan ia lebih mengutamakan permohonan kaum Melayu dan Cina.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.