`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 22, 2014

MALAYSIA KAYA, RAKYAT MISKIN !!!

'Budaya untung atas angin dari DEB'


Naungan politik yang menggalakkan amalan mengambil untung atas angin dalam perniagaan, berpunca daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang bercanggah dengan falsafah asalnya yang adil dan mulia.

Demikian hujah bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di ibu kota semalam.

Menurutnya, amalan untung atas angin merujuk kepada cara mudah membuat duit melalui hubungan politik, tanpa perlu terlibat secara sihat dalam persaingan terbuka.

"Walaupun ia kedengaran seperti mahu menuding jari mencari salah dan pahit ditelan, jawapannya terletak pada DEB, atau lebih tepatnya pada DEB yang tersasar dalam pelaksanaannya.

"Jangan silap tentang DEB; falsafah dan idea di sebalik program kejuruteraan sosial ini adalah adil dan mulia.

"Namun, pelaksanaannya menjadi cacamarba dan salah kerana amalan naungan yang menjurus pertamanya, kepada kronisme dan untung atas angin yang kita sebutkan.

"Hasilnya, matlamat yang ditetapkan oleh pembuat polisi gagal dicapai dalam rangka masa yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra sebagai Ku Li seterusnya berkata, amalan itu pada asalnya bertujuan mengupayakan segelintir mereka yang terpilih untuk berjaya sebagai usahawan dan pemilik ekuiti.

Kekayaan daripada golongan tersebut sepatutnya berkembang dan dapat dinikmati orang ramai, katanya lagi.

"Rancangan itu sepatutnya mewujudkan kesan pengganda yang akan sampai ke bawah untuk memanfaatkan masyarakat secara kewangan.

"(Sayangnya) rancangan itu gagal," kata Ku Li kerana ia menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia.-MK

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.