`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 21, 2014

LUAHAN HATI WANITA DIPERDAYA 'MEKANIK' CELUP DI RNR AYER KEROH - SEREMBAN


Seorang wanita menjadi mangsa penipuan lelaki India yang menyamar sebagai seorang mekanik. Lelaki terbabit berjaya memperdayakan mangsa kononnya kereta miliknya rosak dan perlu dihantar ke bengkel berdekatan untuk dibaiki.

Mangsa yang kurang pengetahuan mengenai kereta pula terpaksa mempercayai kata-kata lelaki itu. Namun, sebaliknya yang berlaku. Baca luahan hati mangsa di bawah:

Sakitnya hati, Allah sahaja yang tahu. Tak rosak, mereka kata rosak. Habis ditundanya dari Air Keroh ke Seremban. Kata dekat tapi jauh bengkelnya. Kata sikit tapi habis dibarainya semua isi perut. Kata RM300. Bila dah dibarainya, terus naik RM2500.







Report polis? Hmm.. polis pun makan rasuah. Mujur ada kakak ipar duduk Seremban. Tarik balik kereta, letak kat bengkel lain + repair semula. Tapi masalah lain pulak yang jadi. Bila orang lain buka, org lain pulak pasang. Maknanya out spec-lah. Habis gearbox aku jahanam. Bukan terduduk, tergolek aku dibuatnya. RM3,000 tu.. mana aku nak cekau? Member dah pening akal nak repair camne. So terpaksalah tukar seketul.

Pengajaran untuk aku dan pengguna Highway PLUS. Berhati-hati dengan orang India yang mengaku mekanik. Pakai baju AIA blue & black, berkereta buruk di sekitar RNR Air Keroh hingga RNR Seremban. Kereta kamu tak rosak, mereka akan buat kamu percaya yang kereta kamu tu rosak. Kami adalah mangsa yang entah keberapa. Ini je picture yang aku sempat ambik. Nanti aku cari lagi. Biar sendiket ini terbongkar. Siap korang!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.