`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 22, 2014

Kesimpulan yang dibuat dari kehadiran sahabat ke Muktamar PAS ke 60

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8b02jrLZlKSgS-myi2sQcl1jBRrXuowjgdyQPNfmCpoj5oV8nAi_Soht5p-aZ0Jw4x6Nk9T484Gi4gynD8wM-YgzkfvCxDpvCQvGfGoNGoFdTH9tHS9QUrpeU_zDNJo66kpp8niRE/s1600/muktamar-pas-2014.jpg
DIANTARA FIKRAH HARAKIAH DAN HARAKAH FIKR (Gerakan Pemikiran).

PAS telah berjaya melahirkan ramai para pendakwah yang berkemampuan berdebat, para amilin yang sentiasa sanggup berkorban dan ulama "haraki" yang setia membawa fikrah "harakiah" yang dilaungkan oleh PAS.

Tetapi sayangnya, selepas 6 dasawarsa, PAS amat kurang melahirkan para pemikir dan pengkaji yang menyebabkan lambat berlaku "tajdid fikr" di dalam jamaah ini. Dakwah digerakkan dengan manhaj yang ketinggalan zaman bahkan lebih malang apabila ia langsung tidak berinteraksi dengan zaman.

Alangkah malangnya apabila ada orang yang mampu membentuk pemikiran, bahkan mereka sememangnya pengkaji dan pemikir dikesampingkan hanya kerana rekod "bekas" jemaah tertentu. Yang ruginya adalah PAS, tetapi PAS (baca sebahagian pemimpin yang tidak berinteraksi dengan zaman) tidak kisah kerana mereka ada senjata "wala" dan "jaga jemaah" yang akan menjadi "ketum" untuk melalaikan anggota jemaah.

Kesimpulan yang dibuat dari kehadiran ke Muktamar ke 60

PERIHAL LABEL MELABEL.

1) Ada ilmuan haraki mendakwa, Al Quran sarat dengan bahasa-bahasa label. Maka didakwanya kita semua boleh melabel orang lain yang bersalah.

2) Benarkah begitu kesimpulannya? Sefaham kita, ada beza antara Allah melabel dengan makhluk melabel. Allah melabel dengan tujuan mengingatkan manusia agar menjauhi sikap buruk pihak yang dilabel. Bukan mahu menyuburkan sikap laqab melaqab, mengutuk atau mengeji. Malah di sana ada banyak ayat Al Quran dan teks hadith yang menegah umat dari menyalahgunakan lidah.

3) Jika Allah melabel, biarlah. Memang tiada siapa yang berani mempersoal tindakan Tuhan.

Allah berfirman :

(لا يسأل عما يفعل وهم يسألون)

"Dia (Allah) tidak akan dipersoal terhadap apa yang Dia lakukan, malah mereka (manusia) yang akan dipersoal atas setiap kelakukan mereka."

Al-Anbiya' : 23

4) Adapun kita, maka kita tertakluk dengan akhlak, prinsip dosa pahala, catatan Raqib dan Atid, implikasi maslahah dan mafsadah terhadap hubungan sosial dan dakwah.

5) Ustaz Haraki juga mendakwa, kita boleh gelar orang lain dengan munafiq kerana Umar bin Al Khattab pernah menggelarkan Hatib bin Abi Balta'ah dengan gelaran yang sama. Benarkah begitu kesimpulannya?

6) Memang benar Umar pernah berkata begitu. Namun mengapa ustaz haraki itu tidak menjadikan reaksi Rasulullah s.a.w terhadap Hatib sebagai dalil? Mari lihat dialog baginda :

فَقَالَ عُمَرُ: ((يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ خَانَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالْمُؤْمِنِينَ)) ((دَعْنِي أَضْرِبْ عُنُقَ هَذَا الْمُنَافِقِ)) ((فَإِنَّهُ قَدْ كَفَرَ))

فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ((مَا حَمَلَكَ عَلَى مَا صَنَعْت؟))

Ketika Umar melabel munafiq dan mahu memancung Hatib, Nabi s.a.w sebagai pemimpin menunjukkan sikap matang dengan bertanya : "Apa yang menyebablan engkau melakukan demikian?"

7) Justeru, kenapa reaksi harmoni Baginda s.a.w ini tidak difokuskan? Adakah kerana kita memang beriya-iya dan seronok menggelar orang lain lalu bersembunyi di sebalik peristiwa-perstiwa sirah?

8) Di dalam Usul Fiqh, antara hadith Nabi dan perbuatan sahabat, hadithlah yang diterima pakai tanpa perdebatan. Sementara perbuatan sahabat masih diperdebatkan kehujjahannya. Jika kedua-duanya bertembung, maka tidak syak lagi respon Nabi lah yang perlu diutamakan berbanding reaksi para sahabat.

9) Sebagai pihak yang mengaku du'at dan menegakkan Islam, buktikanlah semangat itu. Cedoklah Islam dari akhlak Rasulullah s.a.w yang merupakan sumber wahyu selepas Al Quran. Usah kelirukan umat dengan kesimpulan separuh-separuh.

10) Lihat dan pandanglah Al Quran dengan semangat mahukan keharmonian sesama manusia. Janganlah fungsikan Al Quran sebagai peluang membantai orang yang tidak sehaluan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.