`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 21, 2014

KENYATAAN AKHBAR TIBAI

zahid md arip
Muhammad Zahid Md Arip, Mursyidul Am TIBAI
1) Akhir-akhir ini kita semua telah mendengar pelbagai teori dan spekulasi yang diperkatakan di mana-mana, baik di media arus perdana mahu pun media sosial berhubung isu krisis Menteri Besar Selangor.
2) Punca kepada semua kemelut ini adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim disebabkan sikap rakus kuasa Ketua Pembangkang itu. Anwarlah yang merancang semua ini. Dialah politikus bangsat yang telah mencemar serta mengotorkan keamanan serta kestabilan politik di Selangor.
3) Sesungguhnya teori dan spekulasi ini jelas telah meresahkan bukan sahaja rakyat Selangor tetapi seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Apatah lagi apabila ada yang mendakwa Anwar dan PKR mahu merompak rizab Selangor yang berjumlah berbilion ringgit untuk digunakan bagi membiayai siri demonstrasi jalanan yang baharu. Demonstrasi jalanan berkenaan bertujuan menumbangkan kerajaan, melumpuhkan ekonomi negara dan memberi tekanan kepada mahkamah menjelang kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober nanti.
4) Mula-mula Anwar mahukan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor. Seluruh ADUN PKR dan DAP termasuk Azmin Ali diarah menandatangani akuan bersumpah menyokong perlantikan Wan Azizah. Tapi setelah nama Wan Azizah hampir pasti tidak dipertimbangkan oleh istana, Azmin bertindak menangguk di air keruh dengan menggunakan pintu belakang untuk melobi dan memperalat semua sumber yang dia ada, termasuk yang berada dalam PKR, DAP dan Pas sendiri bagi membolehkan dirinya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
5) Inilah perlakuan jijik dan kotor seorang politikus murahan yang saling tidak tumpah sama nilai jijiknya, kotornya dan meloyakan seperti perlakuan Anwar. Dalam drama ini pengarahnya adalah Anwar manakala Wan Azizah dan Azmin merupakan pelakon utama. Tapi watak ke semua mereka serupa iaitu sama hodoh, sama buruk, sama keji serta sama kotor, dan telah menjadi hakikat baik Wan Azizah mahu pun Azmin, kedua-duanya adalah boneka ciptaan Anwar.
6) Sehubungan itu, TIBAI bersama rakan-rakan yang hadir pada hari ini suka mengingatkan kembali beberapa episod membabitkan Azmin yang perlu dijawab sebelum dia mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor iaitu antaranya:
* Bukankah Azmin yang menghina DYMM Tuanku Sultan Selangor       semasa istiadat pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ketika keberangkatan masuk Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Balai Rong Seri? Bukankah dia bersama beberapa pemimpin pembangkang lain mempersenda Sultan Sharafuddin?
* Bukankah Azmin merupakan salah seorang perancang utama siri demonstrasi  jalanan yang mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara? Lupakah kita kepada demonstrasi Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 yang telah mencemar nama baik Malaysia di mata dunia? Lupakah kita kepada paparan video yang menunjukkan ada interaksi bahasa badan antara Azmin dan Anwar untuk merempuh anggota polis bagi menceroboh Dataran Merdeka? Lupakah kita bertapa pasukan polis dimaki, dipukul dan ditendang serta bagaimana kereta polis diterbalikkan?
* Dari segi moral pula, Azmin dianggap lelaki dayus apabila dia dikaitkan dengan dakwaan menghalalkan hubungan sulit isterinya dengan Anwar yang sehingga kini dia masih takut untuk melakukan sumpah laknat bagi membersihkan bukan sahaja maruah isterinya, maruah keluarganya tetapi maruah dirinya sendiri. Azmin juga dikaitkan dengan skandal sulit bersama seorang wanita misteri apabila terdapat gambar seorang lelaki yang saling tidak tumpah seperti raut wajahnya sedang melakukan oral seks dalam jamban.
* Azmin juga didakwa sebagai anak derhaka laksana ‘Si Tanggang’. Dakwaan ini dibuat sendiri oleh ibunya Mak Tom dan disiarkan oleh TV3 dalam pancaran televisyen yang ditonton berjuta rakyat Malaysia. Apakah kita sudah lupa?
* Dia juga dikaitkan terlibat dalam jenayah kolar putih sewaktu berkhidmat dengan Anwar ketika Anwar dalam kerajaan sehingga Azmin dan isterinya boleh memiliki saham bernilai jutaan ringgit walaupun ketika itu, dia hanya bergaji bulanan tidak sampai RM3,000. Bahkan dalam akuan bersumpah oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dato’ Abdul Murad Khalid, beliau ada menyatakan bahawa isteri Azmin menerima jutaan ringgit dari RM3 bilion yang diselewengkan. Akuan bersumpah Abdul Murad sehingga kini tidak pernah dicabar di mana-mana mahkamah oleh Anwar mahu pun Azmin.
7) Jadi dengan segala persoalan moral dan kebejatan ini, layakkah Azmin yang kebetulan lahir dan membesar di Singapura diberikan kepercayaan untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid?
8) Pada kesempatan ini, saya Muhammad Zahid Md Arip, Mursyidul Am TIBAI bersama rakan-rakan yang lain ingin merafak sembah memohon perkenaan DYMM Tuanku Sultan Selangor – sudi apalah kiranya DYMM Tuanku memperkenankan rayuan dan permohonan patik dan pacar-pacar sekalian agar pacar yang hina, YB Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa tidak diperkenan mengangkat sumpah sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid yang dijangka berlangsung pada Selasa ini. Ampun Tuanku!.
9) Kepada UMNO pula, suka saya mengambil kesempatan untuk mengingatkan bahawa semua kami, bekas ahli dan pemimpin PKR yang hadir pada hari ini meninggalkan Anwar, Wan Azizah dan Azmin atas dasar prinsip. Prinsip kami jelas iaitu tidak mahu bersekongkol untuk merosakkan rakyat dan negara dengan mengadu-domba dan menipu rakyat semata-mata untuk mempertahankan masalah moral kronik pimpinan utama PKR. Dahulu, bila kita sebut bertapa PKR hanya memperalatkan rakyat untuk memuaskan nafsu serakah Anwar, Wan Azizah dan Azmin tetapi ada yang tidak percaya sehingga mentertawakan kami. Nah!!! Sekarang sudah terang lagi bersuluh. Suka juga saya memperingkatkan pimpinan UMNO andainya Azmin yang akan dilantik, jangan ada di kalangan pemimpin UMNO yang sanggup menggadaikan prinsip dengan harga yang amat murah untuk bersekongkol dengan mengiktiraf perlantikan Azmin.
10) UMNO jangan lupa dan jangan gadai maruah – UMNO kena tahu dan kena ingat – Inilah dia Azmin Ali – Politikus murahan yang menggelarkan  YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan Presiden UMNO sebagai ‘Haiwan ternakan Dr. Mahathir’ serta menuduh dan memfitnah Perdana Menteri ‘mengarahkan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar kerana kesalahan meliwat’. Dia jugalah yang memfitnah Perdana Menteri sebagai pembunuh Altantuya Shaariibuu, mencerca beliau sebagai perasuah dan lain-lain fitnah yang menjijikkan. Azmin jugalah yang mendoakan supaya Dr. Mahathir jatuh tersungkur dan melabelkan negarawan itu dengan pelbagai gelaran nista yang meloyakan.
11) Kita benar-benar bimbang jika orang ini menjadi Menteri Besar Selangor – Taat setianya bukan kepada sultan tetapi kepada Anwar. Kalau dia boleh menderhaka kepada ibunya apatah lagi kepada sultan dan negara. Apa jaminan makhluk rakus ini tidak akan merompak wang Selangor dan rakyat untuk kepentingan diri dan kroninya jika sebelum ini rompakan serupa pernah dilakukan di Kementerian Kewangan? Apakah akan terpelihara maruah tuanku, maruah Islam, maruah Selangor dan maruah rakyat jika makhluk ini menjadi Menteri Besar Selangor.
Sekian..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.