`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 24, 2014

KANTIN JIJIK PENUH NAJIS TIKUS DI SERBU DI P.PINANG

GEORGE TOWN - Dua kantin kilang di Kawasan Perindustrian Mak Mandin di Butterworth diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan mulai hari ini kerana kotor.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, antara kesalahan yang dikesan ialah terdapat lipas, najis tikus dan talam makanan yang diletak atas lantai.

"Bagi kewujudan lipas dan tikus, arahan penutupan terus dikeluarkan tanpa kompromi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara itu dikesan dalam operasi melibatkan pemeriksaan ke atas 29 kantin kilang, 10 di daerah Barat Daya, Seberang Perai Utara (empat), Seberang Perai Selatan (enam) dan Seberang Perai Tengah (sembilan).

Katanya, pengusaha premis yang diarah tutup diberi tempoh 14 hari untuk melakukan kerja pembersihan, sebelum diperiksa sekali lagi.

Ku Nafishah berkata, pihaknya turut mengeluarkan 13 notis saman berjumlah RM10,000 dan pengusaha kantin diminta menjelaskan bayaran dalam tempoh dua minggu.

Kesalahan menyimpan benda asing bersama ais SERTA penggunaan papan pemotong kayu masih menjadi kesalahan popular, katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika mempunyai aduan premis makanan kotor atau produk makanan rosak. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.