`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 9, 2014

Iskandar MB Jumaat ini? Boleh ke kekal lepas November?



Khabar angin ini tersebar semalam....

Iskandar Samad Angkat Sumpah MB Selangor, Jumaat Ini?

Kuala Lumpur – Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu Jumaat ini.

Mengikut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka akan memberi perkenan untuk melantik Iskandar untuk menerajui kepimpinan negeri bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah hilang sokongan  majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Saya difahamkan, tindakan PKR dan DAP yang engkar titah Sultan itu telah menyebabkan baginda kecewa dan murka.

“Atas alasan itu, Baginda dikatakan akan melantik salah seorang ADUN dari kalangan PAS bagi menggantikan Khalid dan antara nama yang disebut-sebut ialah YB Iskandar” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Sekiranya Sultan Selangor berpuas hati, pihak Istana dijangka akan mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan tarikh untuk angkat sumpah.

Baca sepenuhnya SINI 

Dipercayai Iskandar telah menafikan untuk tidak mendahului sebarang pengumuman dari pihak istana.

Mungkinkah Istana umum dahulu sebelum permintaan dua nama dari PKR dan DAP ditunaikan?

Kalau dibuatnya Iskandar betul dilantik MB, ada dua persoalan. Satu, adakah dia akan terima dengan pengetahuan bahawa puak Anwarinas akan menentang dan ini hanya menyegerakan berakhir kerjaya politiknya?

Dua, bolehkah dia kekal hingga melepasti November?

Rasanya Anwar dan DAP mahu tentang DYMM SUltan habis-habisan untuk dibubarkan DUN.

Sebaik saja menang sekali lagi, mereka yakin dapat dua pertiga majoriti dan pinda Undang-Undang Tubuh Negeri untuk jadikan Sultan hanya sebagai burung dalam sangkar emas untuk turut arahan mereka.

Tapi Undang-Undang berkenaan raja perlu perkenaan raja kan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.