`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, September 4, 2014

Ini Adalah MB Selangor Baru Yang Akan Direstui Sultan?

 Khabar angin mengatakan calon daripada PAS yang dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baharu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 September, 2014. Khabar angin mengatakan calon daripada PAS yang dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baharu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 September, 2014.

Lapor The Malaysian Insider di bawah gambar pemimpin PAS Selangor seperti di atas.. 
  • "Khabar angin mengatakan calon daripada PAS yang dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baharu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad."
Menurut The Malaysian Insider lagi, PAS menghantar tiga nama, dua daripada PKR dan seorang daripada partinya sendiri sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, lapor lidah rasmi parti itu Harakahdaily. Menurut portal itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan.

"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," katanya kepada Harakahdaily tetapi khabar angin mengatakan calon daripada PAS adalah Pesuruhjaya Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan sebentar tadi..
  •  "Istana Selangor telah menegur PKR kerana "tidak mengikut" titah sultan dengan hanya mengemukakan nama tunggal bagi jawatan menteri besar, kata sumber dalaman parti itu."
Menurut Malaysiakini lagi, teguran itu dibuat melalui surat yang dihantar oleh istana kepada ibu pejabat PKR semalam.

"Ia (surat) itu untuk mengesahkan yang istana itu telah mendapat nama (Presiden PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan MB, tetapi ia juga 'surat menegur parti itu' kerana tidak menghantar dua lagi nama," kata sumber itu lagi.

Kenyataan akhbar pertama selepas menerima surat dari istana, yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, telah ditarik balik. Bagaimanapun, ia tidak menyebut apa-apa mengenai teguran pihak istana tersebut. 


Sebelum ini, pihak istana meminta Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama untuk jawatan itu. Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan nama Wan Azizah, dengan alasan ianya selaras dengan konvensyen. 

Kini, ada khabar angin yang lebih mengancam lagi mengatakan, "Sultan sedang menunggu untuk merestui calon PAS pula (sebelum ini Khalid Ibrahim dari PKR) sebagai MB Selangor yang baru."

Kalau ini terjadi, maka jelaslah jawatan MB Selangor yang baru adalah jatuh ke tangan Pesuruhjaya PAS Selangor, iaitu Iskandar Abdul Samad. (IH)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.