`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 22, 2014

Imigresen telus, dekati pelanggan

  • Sistem online mengurangkan kesesakan di kaunter Jabatan Imigresen.Sistem online mengurangkan kesesakan di kaunter Jabatan Imigresen.
 1 / 3 
AZMAN sebagai pengurus sumber manusia menjadi orang penting untuk menguruskan kemasukan lebih 1,000 pekerja asing di sebuah syarikat pengeluaran.

Sebelum ini, Azman perlu bergegas seawal pagi ke Jabatan Imigresen, mendapatkan nombor giliran, berhadapan karenah birokrasi serta ejen tak bertauliah yang menawarkan perkhidmatan.

Kini Azman boleh menarik nafas lega apabila pengurusan permohonan pekerja asing lebih mudah dan cepat apabila menggunakan sistem online FWCMS (Foreign Workers Centralized Management System), diperkenalkan Jabatan Imigresen.

Pada 2 September lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, terdapat 5.8 juta pendatang asing di negara ini, dan hanya 2.9 juta daripada jumlah tersebut adalah pekerja sah.

Jika dilihat secara mendalam, proses kemasukan pendatang asing secara sistem manual ini boleh berlaku ketirisan seperti pemalsuan dokumen, rasuah, dan penindasan di dalam negara malah mahupun di negara sumber. Ini secara langsung menjejaskan imej dan kredibiliti Jabatan Imigresen sebagai penjaga pintu negara. Sedangkan tugas besar digalas pihak imigresen sebagai penghubung antara negara sewajarnya dihormati dan dihargai.

Untuk memperkukuhkan keupayaan institusi, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memartabatkan profesion imigresen yang merupakan satu daripada inisiatif kerajaan untuk membasmi rasuah dan menggalakkan ketelusan dalam perkhidmatan awam.


Pendekatan sistem online

Kebanjiran pendatang asing yang menjadikan Malaysia sebagai lubuk rezeki mencatatkan 2.01 juta orang sehingga 30 Jun lalu.

Bekas Pengarah Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen di Putrajaya, Datuk Haniff Omar berkata, statistik ini berasaskan kepada Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif. Manakala dianggarkan hampir 9,000 permohonan baru dan lanjutan setiap hari yang perlu diproses oleh Jabatan Imigresen di seluruh negara.

“Sebelum ini seramai 201 pegawai di Bahagian Pekerja Asing seluruh negara mengendalikan lebih 2 juta pekerja asing yang sedia ada. Ini tidak termasuk permohonan baru yang mencecah lebih 400,000 setahun.

“Bagaimanapun tambahan 359 pegawai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam tahun ini, ia dijangka tidak dapat mengatasi masalah kelewatan sepenuhnya selagi proses kerja masih secara manual,” katanya yang kini sebagai Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Haniff, sistem FWCMS adalah sebahagian daripada Program Tranformasi 2011 Jabatan Imigresen ke arah penyelesaian secara holistik dan telus dalam pemprosesan kemasukan pekerja asing.

“Pada 25 Jun lalu, kita membuat percubaan pertama untuk buat kelulusan VDR secara online yang mengambil masa sehari sahaja selepas pembelian insurans dan laporan kesihatan dari negara sumber dibuat secara online, berbanding lebih 14 hari bekerja sekiranya dilakukan secara manual,” katanya.

Menurut Haniff, semua maklumat pekerja asing yang dibawa masuk majikan telah diambil semasa mereka datang ke klinik di negara sumber. Maklumat ini termasuk maklumat biometrik (cap jari) akan disimpan secara terus dalam sistem imigresen.

Melalui maklumat biometrik, pekerja asing yang mempunyai rekod lampau atau tidak boleh disemak.

“Hanya majikan atau wakil majikan yang dilantik sahaja boleh melakukan transaksi melalui sistem online dengan menggunakan ID atau kata kunci yang unik sebagaimana dibuat oleh bank-bank.

“Penggunaan sistem online ini dapat mengurangkan beban untuk masukkan maklumat, penglibatan ejen, penipuan dan pemalsuan dokumen, masalah penyimpanan rekod serta integriti pegawai boleh ditangani,” jelas Haniff.

“Matlamat utama adalah menjadikan Jabatan Imigresen sebagai pejabat senyap (silent office) di mana orang ramai boleh membuat permohonan secara online dan datang ke kaunter hanya untuk mengambil dokumen dalam tempoh kurang sejam,” tambahnya.


Lebih jimat, cepat 

Pengurus Sumber Manusia PWB (M) Sdn Bhd, Salmah Ali berkata syarikatnya yang mempunyai 1,700 pekerja asing telah mula menggunakan sistem FWCMS untuk VDR sejak Jun lalu.

"Kami dapat mengurangkan penyediaan dokumen fizikal dan proses kelulusan VDR boleh dipercepatkan tempoh dua hari.

"Pekerja dan ejen dari negara sumber bertambah yakin berurusan dengan PWB. Manakala pelanggan syarikat rasa lebih selamat dan terjamin untuk mendapatkan khidmat daripada syarikat kami.

Ini memberi peluang baik untuk memajukan syarikat dalam persekitaran yang kondusif,” katanya.

Pengarah Rafflescare (M) Sdn Bhd, Aliza Pungot berkata, berdasarkan pengalamannya selama 12 tahun sebelum ini dalam menguruskan permohonan VDR melalui sistem manual, ia mengambil masa dua minggu hingga sebulan. Ini dikaitkan dengan lambakan permohonan dari masa ke masa.

“Dengan menggunakan sistem FWCMS, data pekerja dari negara sumber diterima dan sesuai, ia mengambil masa 48 jam boleh diketahui. Cuma perlu tunggu kelulusan daripada pihak Imigresen.

“Urusan saya kini jadi mudah kerana boleh memeriksa status permohonan dan kelulusan VDR secara online ," katanya.

Pada akhir Jun lalu, Aliza memohon 18 pekerja asing baru dan kini pekerja tersebut berjaya masuk dalam masa tiga minggu selepas mendapat VDR.

Majikan perlu ambil tindakan bijak dengan beralih ke sistem online yang lebih efektif, telus dan cepat.

"Untuk jangka panjang, saya yakin pertumbuhan ekonomi di negara mampu berdaya saing apabila ada keyakinan negara luar untuk membuat pelaburan di sini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.