`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, September 21, 2014

Hj.Hadi Beri Bola Tanggung Kepada Media UMNO, Huru-harakan Pakatan


Ucapan penggulungan Hadi berita buruk buat Pakatan
ANALISIS BERITA OLEH SHERIDAN MAHAVERA 

Pemerhati dan pihak media pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-60 semalam dikejutkan dengan kemarahan yang ditunjukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungannya. 

Kemarahan itu, seperti juga isi kandungan ucapannya, bukan petanda baik untuk PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tiga hari lepas, ucapan dasar Hadi penuh dengan keterbukaan dan belas ehsan terhadap semua, baik penyokong mahu pun pengkritik.

Sebaliknya, kenyataannya pada hari terakhir muktamar yang penuh dengan rungutan dan kemarahan itu ialah tentang bagaimana beliau akan memastikan PAS ikut rentaknya sendiri apabila berhadapan isu dasar dan tadbir urus, walaupun ia sebahagian daripada sebuah gabungan.

Beliau tidak cuba membentuk kesepakatan antara dua puak bersaing dalam PAS, iaitu golongan konservatif dan golongan progresif. Sebaliknya, Hadi mempertahankan puritanisme yang mempengaruhi cara puak konservatif dalam partinya beroperasi.

"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan. Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan.

"Ahli PAS mesti faham ada perbezaan. PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti," katanya dalam ucapan penggulungannya.

Walaupun beliau tidak menyatakannya secara khusus, Hadi sudah cukup membayangkan yang PAS akan menerima jawatan menteri besar Selangor sekiranya dipilih Sultan.

"PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar. Walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar, walaupun tiada perjanjian bertulis, tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja.

"Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri."

Hadi merujuk keputusan yang dibuatnya menghantar tiga nama ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor ke istana, salah seorangnya Adun PAS.

Keputusan itu disokong Majlis Syura Ulama yang besar kuasanya, tetapi tidak dipersetujui Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

AJK PAS Pusat memihak kepada rakan dalam Pakatan, iaitu PKR, dan mahu nama presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dihantar kepada Sultan bersama dengan timbalannya Mohamed Azmin Ali.

Hadi pernah menyebut sebelum ini yang PAS akan akur dengan apa saja keputusan Sultan Selangor.

"Ucapannya agak beremosi. Seolah-olah selama ini beliau memendam rasa di dalam dan akhirnya ia pecah keluar tiba-tiba," kata seorang AJK PAS Pusat selepas muktamar berakhir.

Menurut pemimpin PAS yang tidak mahu dinamakan itu, tidak seperti ucapan dasar Hadi, ucapan penggulungannya seperti melepaskan kemarahan kepada pengkritiknya dalam AJK Pusat.

"Beliau tidak langsung mengiktiraf sesiapa pun di antara kami, kecuali mungkin seorang," katanya.

Hadi secara jelas menyatakan dia berhak membuat keputusan sebelah pihak yang difikirkannya sendiri walaupun bertentangan dengan kemahuan AJK Pusat.

Beliau juga menekankan parti itu mesti dipandu ajaran Al-Quran dan Sunnah mengikut tafsiran Majlis Syura.

Ini bertentangan dengan pendirian AJK Pusat yang mengatakan hujah agama mesti diseimbangkan dengan fikiran yang logik dan rasional.

Bagaimanapun, sesetengah pemimpin PAS seperti Nasrudin Hassan dari golongan "ulama" mengalu-alukan ucapan Hadi.

"Tujuannya ialah untuk memperkuatkan kita dari dalam, supaya kita ada pendirian sendiri apabila berurusan dengan Pakatan.

"Ini akan bantu kita mempertahankan diri dari tuduhan yang PAS hanya menjadi pak turut kepada rakan parti dalam Pakatan."

Seorang lagi pemimpin kanan PAS berkata, nada ucapan presiden membawa maksud pertelingkahan akibat krisis menteri besar Selangor tidak selesai dalam masa terdekat.

"Ia boleh berlanjutan hingga tahun depan dan mempengaruhi pemilihan parti kita," kata pemimpin itu yang juga tidak mahu dikenali.

Tetapi, pada jangka sederhananya, sekiranya Hadi berpegang teguh kepada keputusannya menerima menteri besar dari PAS, ia bakal memecahkan Pakatan.

"Jika menteri besar dari PAS, sudah tentu beliau akan menghadapi undi tidak percaya dari PKR dan DAP," kata seorang pemimpin DAP yang enggan mendedahkan identitinya.

Hal ini kerana ia bertentangan dengan kesefahaman yang dicapai Majlis Presiden Pakatan dalam memutuskan kerusi menteri besar Selangor adalah milik PKR.

Sekiranya menteri besar dari PAS itu menerima usul undi tidak percaya dalam sidang DUN pada November, ia mungkin menyebabkan pilihan raya negeri.

Dan PAS dijangka menerima kesan paling besar, sesuatu yang disedari kepimpinan parti.


Dalam ucapannya, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata daripada 15 kerusi DUN Selangor dimiliki PAS, 9 daripadanya dimenangi dengan majoriti kecil.

Husam memberi amaran pilihan raya negeri pada ketika ini bakal memusnahkan parti.

Lapan daripada kerusi PAS itu mempunyai populasi bukan Islam yang sangat besar. Tanpa sokongan DAP dan PKR, PAS bakal berhadapan dengan kehilangan undi yang besar.

"PAS mungkin tidak sedar bahawa rakyat yang meletakkan Pakatan di mana ia berada sekarang. Mereka percayakan PAS kerana sangka PAS dapat memberikan sesuatu yang lebih baik.

"Namun jika ia (pilihan raya negeri) berlaku, kepercayaan itu akan hilang," kata pemimpin DAP itu. 
-TMI


KOMENTAR DI PORTAL BERKENAAN
Sila klik jika kurang jelas



ULASAN GB

Jika guru kencing, berdiri, murid akan kencing berlari. Bila Presiden boleh bermaki-maki, pengikut akan buat lebih lagi. Satu jari menunjuk orang BARUA, dia terlupa empat jari menunjukkan diri sendiri.

Dan nampaknya Hj.Hadi memberi bola tanggung kepada media UMNO & BN apabila semua media arus perdana menjadikan ucapannya dengan BROKER, BARUA sebagai tajuk utama akhbar hari ini. Tahniah Hj.Hadi dan para pengampu (barua?)nya !

Masa ucapan pembukaan bahasa cukup lunak, kata akan terus bersama Pakatan Rakyat. Tiba-tiba di masa ucapan penggulungan amek kau, BARUA pun dihamburkan. PKR sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Entah bagaimana ahli PAS bawahan nanti hendak bekerjasama di bawah payung PR apabila Presiden telah memporak-perandakan hubungan parti-parti PR dengan tempelakan-tempelakan sedemkian. Haji Hadi mungkin terlupa bahawa PAS juga berada di dalam kerangka sistem yang sekular yang menyebabkan PAS juga bersaing di dalam pilihanraya yang merupakan nadi kepada sekularisma itu sendiri.

Perhatikan di media sosial, rata-rata ahli PAS kecewa dengan ucapan Hj.Hadi berkenaan. Hanya segelintir yang menyokong. Belum pernah berlaku senario sebegini. Membuktikan kepimpinan Hj. Hadi ini telah ditolak ahli parti. Hukum kebenaran akan berjalan, Hj Hadi perlu mengundurkan diri. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.