`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, September 27, 2014

Halimah Bersama Pakatan Atau Khalid Ibrahim, Semasa Kemelut PR Selangor?


Halimah: Exco baru tak berdasar 'semangat Pakatan'

Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor tidak dilakukan mengikut "semangat Pakatan", dakwa ADUN PAS Selat Klang, Halimah Ali.
"...Itu bermakna nama-nama (dalam barisan exco)... tidak ada semangat Pakatan, itu pemahamannya," kata bekas ahli exco negeri itu, yang digugurkan daripada senarai exco baru Menteri Besar Azmin Ali.

Ditanya mengenai barisan exco baru itu, respon awal beliau adalah, "Apa lagi yang saya boleh komen?

Beliau yang juga bekas exco negeri berkata demikian sewaktu diminta mengulas senarai exco baru yang menyaksikan hanya tiga wakil rakyat PAS dilantik berbanding empat orang sebelum ini.

Pentadbiran Selangor menyaksikan PKR kini mempunyai empat orang exco, DAP kekal dengan tiga orang sementara PAS pula dengan tiga orang sahaja.

Sebelum itu, Halimah secara ringkas turut mengucapkan selamat maju jaya kepada exco-exco yang baru dilantik.

"Selamat maju jaya. Tunaikan tanggungjawab anda," katanya.

Halimah yang ditemui wartawan selepas menghadiri taklimat ringkas pembinaan jambatan ketiga Klang, tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang beliau rasakan masalah dengan barisan baru itu dari segi semangat gabungan itu.

Ketika ditemui di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kemudian, Azmin menolak kenyataan itu Halimah dengan berkata pemimpin PAS telah bersetuju dengan barisan barisan baru Exco itu.

"Saya secara peribadi telah berkomunikasi dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang;,Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dan mereka telah bersetuju," katanya. -MK

ULASAN GB

Lain macam ajer kedengaran kenyataan bekas exco Halimah Ai di atas. Dulu GB respek juga dengan beliau, tetapi semasa kemelut MB Selangor berlaku, beliau bertindak dengan cara yang tidak sepatutnyanya.

Bukankah PAS tak pelahap jawatan, mengapa sekarang Halimah menampakkan rasa tidak puashati dengan penggugurannya sebagai exco?

Kedua, mengapa serang Azmin? Bukankah yang menetukan yang menjadi exco dari PAS itu adalah PAS Selangor sendiri terutama Pesuruhjayanya iaitu Iskandar Samad? 


Iskandar Samad yang menyerahkan nama kepada PAS Pusat yang kemudian menyerahkan nama itu kepada MB Selangor. 

Tidakkah tindakan Halimah itu sebenarnya mencabar Pesuruhjaya PAS Selangor dan PAS Pusat sendiri?

Ketiga, kemungkinan Azmin menrima perkataan beberapa orang ulama PAS yang menyatakan perempuan tak boleh jadi pemimpin, jadi beliau tak lantiklah exco dari PAS.

Presiden PAS sendiri kata beliau tak calonkan WAWI kerana tiada kebolehan, jadi berkemungkinan Iskandar dan PAS Pusat pun berpandangan demikian.

Kelima GB tertarik dengan satu komen di mkini. Kasar bunyinya tetapi tak sekasar ungkapan BARUA oleh Presiden.

Semangat pakatan kau kemana waktu krisis??? bersama khalid... semangat atok kau.

Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.