`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, September 21, 2014

Dua lagi kertas UPSR bocor, dakwa laporan polis

Pelajar Tahun 6 terpaksa menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris dan Sains selepas kertas ujian dibocor. Dua lagi kertas UPSR, Matematik dan Bahasa Tamil, dikatakan bocor, menurut laporan polis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2014.Pelajar Tahun 6 terpaksa menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris dan Sains selepas kertas ujian dibocor. Dua lagi kertas UPSR, Matematik dan Bahasa Tamil, dikatakan bocor, menurut laporan polis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2014.
Dua lagi laporan polis dibuat semalam berhubung kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata polis Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Polis KL, Datuk Tajuddin Md Isa berkata kali ini ia melibatkan kebocoran kertas Bahasa Tamil dan Matematik.
Beliau mengesahkan laporan tersebut dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan, badan di bawah Kementerian Pendidikan bertanggungjawab menguruskan peperiksaan awam.
Menurutnya, laporan itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang mengendalikan kes UPSR bocor bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan sebelum ini.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.