`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 21, 2014

Dua Anak Senator Niaga Dadah: Malaysia Dah Jadi Colombia?

Dadah bernilai RM2.7j bertukar tangan; 2 anak Senator ditahan? 
OLEH THINAKURAL DI KUALA LUMPUR - 21 SEP 2014 (3 HOURS AGO)
Laporan muka depan Thinakural hari ini menyiarkan berita bertajuk "Dua anak senator ditahan polis disyaki terlibat dalam urusan dadah bernilai RM2.7 juta di Hulu Kelang.

Seorang lelaki dan wanita dipercayai anak kepada seorang ahli politik India berstatus Senator dari sebuah parti politik dipercayai telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam urusan jual beli dadah bernilai RM2.7 juta.

Akhbar Tamil, Thinakural difahamkan dua warga Nigeria juga ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam urusniaga dadah itu.

Akhbar itu turut difahamkan bahawa polis berjaya menumpaskan kumpulan tersebut selepas berjaya mengesan urusaniaga tersebut di sebuah kondominium mewah di Hulu Kelang, Selangor kira-kira sebulan lalu.

Kesemua mereka dipercayai telah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Difahamkan dadah itu akan diseludup ke Taiwan. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.