`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 12, 2014

DSAI JAWAB PERTUDUHAN NAJIB ISU GST YANG CUBA MENGELIRUKAN RAKYAT DAN TIDAK JUJUR.



Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hari ini semasa menjadi menteri kewangan, beliau tidak bersetuju Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan kecuali beberapa syarat dipatuhi terlebih dulu.

Menjawab dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, ketua pembangkang itu berkata, disebabkan bantahan yang ditunjukkannya pada waktu itu, GST tidak pernah dilaksanakan semasa beliau dipertanggungjawabkan menjaga kewangan negara.

"Di Parlimen, saya nyatakan dengan jelaskan GST mesti dijalankan dengan cara yang telus dan cekap, maksudnya prasyarat tertentu mesti dipenuhi sebelum ia dilaksanakan.

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran dan terpelihara daripada amalan rasuah," katanya dalam satu kenyataan hari ini merujuk pendirian yang dibuatnya lebih 20 tahun lepas.

Anwar mendakwa, kenyataan Najib semalam 'tidak jujur dan mengelirukan.'

"Menteri kewangan pertama yang sebut hasrat kerajaan hendak laksanakan GST pada 1992 dalam ucapan bajetnya adalah Anwar," kata Najib merujuk kepada ketua pembangkang yang ketika itu berada dalam Kabinet kerajaan.

"Pada 30 Oktober 1992, Anwar menyebut GST akan dilaksanakan pada tahun depan, tetapi dia buat 'u-turn'," katanya, sambil menambah GST juga pernah diumumkan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar berkata hari ini, sewaktu menerajui kementerian kewangan, beliau juga menekankan yang GST mesti bermula pada kadar rendah.

"Semua syarat tersebut tidak dipenuhi. Sebab itulah GST tidak pernah dilaksanakan semasa saya menjadi menteri kewangan," katanya.

Najib mengumumkan pelaksanaan GST ketika pembentangan Bajet 2013 di Parlimen dengan kadar 6% menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang kini dikenakan pada kadar 16%.

Ia akan mula dikuatkuasakan April tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.