`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, September 20, 2014

“Curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat kita”

Tindakan dua wakil rakyat yang sanggup menjadi broker dan barua tidak akan dipandang ringan.
PRK PENGKALAN KUBOR 2014
BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS tidak akan berebut jawatan Menteri Besar Selangor.
Menurut Hadi PAS tidak lahap dengan jawatan tersebut.
“Apabila munculnya Langkah Kajang, PAS telah menegaskan tidak akan berebut jawatan MB.
“Walaupun mengikut perlembagaan Selangor, MB mestilah beragama Islam, kerusi DUN PAS ada 15, DAP 15 dan PKR 14, namun kita tidak berebut jawatan itu,” katanya dalam ucapan pergulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-60.
Tambahnya, Hadi juga berkata janganlah ahli PAS wala (taat) dengan ketua parti yang lain.
“Tidakkah sepatutnya tiap-tiap ahli politik berbaiah (patuh dengan ketua)?
“Kita diharamkan wala dengan pihak yang lain,” tegasnya.
Namun Hadi mengingatkan bahawa di dunia ada hukum syarak bukan hukum akal sahaja.
“Kita tak boleh biarkan melawan raja-raja yang menjaga agama Islam. Di dalam dunia ini, kita ada hukum syarak. Di negara kita ada Raja yang jaga agama.
“Bukan kita main melantik begitu sahaja kerana di dalam hadis kalau kita lantik dengan cara yang salah, Allah juga tidak terima. Saya tidak bersedia bawa ahli-ahli PAS ke neraka jahanam,” jelasnya.
“Disebabkan itu kita perlu campur tangan dan tidak boleh biar begitu sahaja. Ada amanahnya, strategi politik juga kenalah mendapat redho daripada Allah. Ini pulak bila tidak dapat curi wakil rakyat kita. Beli wakil rakyat dan inikah etika bertahaluf.
“Kita tidak memandang ringan dua wakil rakyat yang sanggup seberang yang jadi broker, barua dan semua ada,” sindirnya terhadap dua ADUN PAS, Shaari Sungib (Hulu Klang), dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Hadi juga berharap jangan menjadikan PAS sebagai hotel iaitu tempat persinggahan sementara.
“Kita akan terus bertahaluf dengan PR selagi tidak melanggar syarat tahaluf itu sendiri.
“Kita harus balik kepada perjuangan kita dalam menegakkan Islam. Kita nak mati dalam Islam bukan nak mati bersama saya, Haron Din, PAS dan PR,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.